Sunday 13 December 2009

up and down

Go round and round.

Kenyataan nya masih saja berlaku sesuatu itu mengikut kejadian masing masing.

Setiap hari kita akan di hidangkan dengan santapan berita terkini melalui media media bagi pengetahuan manusia yang prihatin tentang pergolakkan dunia masakini.Sama ada tempatan atau perihal di luar sana akan mengundang pelbagai pandangan dan buah fikiran.Begitulah kita memerhatikan segala kejadian di sekeliling tanpa melupakan pada siapa sebenarnya yang mengizinkan perkara perkara itu terjadi.

Teringat seorang sahabat pernah berkata kepada seorang Tok guru sakti yang entah darimana asal usulnya,"jika betul tuan begitu handal sepertimana yang di katakan mengapakah tuan tidak menolong saudara kita yang tertindas di Palestine dan di Iraq".Mengapakah hanya negara negara Islam yang sengaja di ciptakan masaalah dan diperbesar besarkan sebagai pemimpin yang tidak mau tunduk atau berkerjasama dengan dunia antarabangsa.Mengapakah selalu di ada adakan cerita tentang penganut Islam yang negative.Adakah bangsa lain menganggap diri mereka sangat bertamaddun sehingga beranggapan sesiapa yang tidak mengikut cara hidup gaya mereka di chop dan di label sebagai penderhaka kepada dunia antarabangsa.Mereka tidak takut menderhaka kepada Sang Pencipta walaupun penuh dengan putar belit dan batu api.

Begitu lah kita sebagai orang Islam telah disediakan dengan peraturan dan guidelines seperti ,wajib,sunat,makruh,haram dan harus.Sesuatu yang di hukumkan makruh adalah lain daripada yang di hukumkan haram.Tidak lah boleh seseorang itu menukar hukum dengan sewenang wenangnya dengan menghukumkan sesuatu mengikut alasan alasan akal fikiran nya sahaja.Kerana banyak perkara yang berlaku terjadi tidak dapat hanya dengan otak semata-mata.Kerana terkadang akal manusia tidak sampai dan tidak terjangkau ke arah itu. Begitulah betapa kerdilnya manusia yang hanya diberi sedikit pengetahuan tetapi masih boleh bermegah dan merasa sombong diri walaupun telah mengetahui bahawa bukan dirinya yang mencipta dunia dan alam ini.

Mengapakah seseorang itu masih mampu tersenyum walaupun telah dan sedang menghadapi ujian ujian yang berat dan membebankan?.

Tentu saja berbalik kepada soal hati,soal keimanan,tentang keyakinan nya kepada Sang Pencipta nya yang Maha bijaksana menyusun atur segala rencana mengikut kuasaNya yang tidak dipersoalkan.