Monday 9 November 2009

Unemployment

Memperkatakan tentang pekerjaan memang tajuk yang sangat luas,apalagi zaman sekarang ini dengan bidang bidang pekerjaan yang dikira mustahil pada waktu dulu.Kerana keperluan zaman sekarang sudah banyak berubah.Sepertinya saja,pekerjaan pekerjaan dalam internet kerana zaman dahulukala tidak ada yang memerlukan pengetahuan untuk mengisi informations kedalam alam cyber ini.Setelah computer tercipta dan tersebar luas penggunaan nya, maka tidak dapat tidak manusia seluruh dunia memerlukan kecepatan untuk mengaccess apa apa saja info yang terdapat didalamnya. Maklumat maklumat terkini telah diisi oleh manusia manusia itu sendiri tanpa sempadan dan masa masa yang terhad seperti office hours yang terdapat waktu zaman 80-an dahulu.
Jika dahulunya tidak ada orang yang akan membuat kerja tanpa di janjikan gaji terlebih dahulu tetapi sekarang kebanyakkan orang dengan biasa saja secara sepontan akan membuat kerja kerja itu mengikut keistimewaan masing masing.Walaupun perkiraan pembayaran masih ada tetapi itu adalah secara automatic dan tidak membebankan pengguna yang berurusan didalamnya.
Pekerjaan di alam cyber ini juga telah dibuat sebegitu rupa sehingga berfungsi sepertimana dunia luar dari segi askar dan polisnya,pegawai keselamatannya dan mesra alamnya.Lantas dalam dunia pekerjaan nya juga menjadi pelbagai dan di pelbagaikan sehingga sesiapa yang buta IT di anggap ketinggalan dalam banyak hal.
Begitulah juga halnya kepada anak anak muda sekarang supaya mengetahui dunia IT ini kerana ianya juga berubah dengan cepatnya.Sentiasa saja akan ada model model terbaru dan lebih canggih kerana persaingan adalah dari seluruh dunia dan tidak tertakluk kepada sempadan sesebuah negara.Maka,begitu juga pekerjaan pekerjaan yang di tawarkan dan di perlukan tidak lah terhad dan terkongkong.Di mana saja awda berada, awda boleh membuat pekerjaan itu dan menyampaikan hasil pekerjaan awda dimana mana negeri yang berkehendak.
Jika zaman dahulu peniaga merahsiakan darimana mereka mengambil barang dan menjual saja kepada pengguna dengan harga melambung berlipat kali ganda tetapi sekarang,pengguna adalah juga peniaga kerana mereka juga sendiri boleh berhubung terus dengan pembekal pembekal yang mereka inginkan.Begitulah timbulnya banyak pengusaha kecil kecilan sekarang ini seperti tudung,aksesori pin,handbags,kain-baju,barangan plastik sehingga barangan berat seperti furnitures dan barangan rumah lain nya.Pengguna menjadi peniaga adalah trend masa kini,hanya tertakluk kepada budget awda untuk pesanan barang yang di niagakan.
Jika dulu tanam sayur dan di jual sendiri,sekarang segala produk yang awda ada seperti biscuits,kuih kering,acar dan kain tenunan boleh di pasarkan dengan lebih jaya lagi.
Selamat berkarya dan berkerjaya.



Who wants to talk about unemployment.From Aljazeera news,currently there are about 15.7 millions unemployed people in the US which is about 10.7 percent.The worst in 26 years.


Zero mind

Baru baru ini ada lah pula perkataan mengosongkan minda dari apa apa prasangka atau persepsi ini .Dulu orang memperkatakan tentang positive thinking,jangan negative thinking dan sebagainya.Tentang bersangka buruk ini memang di larang dalam agama,kerana siapa lah kita untuk menentukan apa apa jua keadaan.
Jika saja manusia ini di beri kuasa sepenuhnya, tentu tunggak langgak alam ini di buatnya.Seorang pemimpin mahunya begini dan di negeri lain pula mahunya begitu.Masing masing mahu menang dengan agenda tersendiri.Kadang kadang konon nya mereka berbuat begitu begini adalah untuk kebaikan padahal lain di mulut,lain pula di hati.Siapakah mereka yang berselindung di sebalik kepura-puraan.Adakah mereka kira Tuhan itu boleh ditipu?.


Tentang pengosongan tadi adalah memerlukan latihan latihan praktikal atas diri masing masing supaya selalu memeriksa diri dan beranggapan bahawa dirinya tidak juga sehebat mana di bandingkan dengan berjuta juta yang lainnya,Memang begitu lah sepatutnya kerana yang Maha hebat itu adalah tidak lain dan tidak bukan adalah hanya Yang Satu itu iaitu Tuhan yang maha Esa.Jadinya siapa lah manusia ini untuk menentukan apa apa kejadian di muka bumi ini,yang tentunya tidak akan terjadi,melainkan dengan izinNya jua.
Ada juga yang mengatakan,sesebuah negeri itu tidak maju kerana terlalu banyak berdoa saja dan tidak berusaha selayaknya.Apakah mereka tidak terfikir bahawa Allah menjadikan sesuatu kejadian itu ada hikmahnya.Mungkin suatu perkara itu tidak di sukai tetapi itu adalah lebih baik, kerana apa yang di sukai waktu ini mungkin saja akan mendatangkan kemudharatan nantinya atau apa yang di sukai itu adalah sebenarnya tidak baik bagi seseorang itu.Dalam erti kata manusia hanya tahu apa yang ada dalam pengetahuannya sahaja,sedangkan pengetahuan Allah itu Maha luas.Adakah patut manusia meninggi diri dan berkata seharusnya begitu begini mengikut pengetahuannya yang cetek itu.Patutkah manusia sombong kepada Tuhannya dan merasa dirinya lebih pandai dan lebih mengetahui?

Didalam ilmu mengenal diri,memang ada diajarkan tentang mengosongkan diri.Bagi mereka mereka yang mempunyai Tuan Guru yang sahih, bolehlah bercerita lanjut tentang ilmu ilmu ini.

Walaupun zaman sudah canggih dengan peralatan moden yang serba mewah,manusia perlulah juga sentiasa ingat kepada Sang Penciptanya kerana kesudahan semua ini masih akan di pertanggung jawabkan dan disoal jawab di akhirat nanti.Tentang bagaimana manusia mempergunakan umur yang di anugerahkan.Mengapakah kita suka mengejar sesuatu untuk menunjuk pada orang,sedangkan orang tersebut tidak peduli pun tentang apa yang kita ada atau lebih buruk lagi jika apa yang kita ada malah akan mengucar kacirkan lagi suasana kerana timbul perasaan hasad dengki dan irihati.

Oleh kerana itu,manusia suka memohon petunjuk dan mendekatkan diri kepadaNya agar apa saja perbuatan dan usaha yang akan di lakukan seterusnya adalah mengikut lunas lunas yang dibenarkan dan di redhai.Semoga kelakuan dan perbuatan tidak hanya semata mata untuk menunjukkan berusaha dan sentiasa sibuk tetapi juga melakukan sesuatu itu dengan disertai keredhaanNya untuk keberhasilan yang berpanjangan.

Monday 2 November 2009

ICE cream dan melon ice

568 ml double cream
2 kuning telur
50 g gula
vanilla

Panaskan gula dengan150 ml air menjadi syrup.
Pukul telur hingga gebu.
Tuang sirap gula ke dalam telur tadi sambil di pukul.
Campurkan vanilla dan pukul lagi hingga menjadi krim.
Beku kan 1 1/2 jam dalam freezer.
Putar ice cream ini dan campur buah atau kekacang.
Sejuk beku lagi 6 jam.

Vanill ice cream:-
---------------
300 ml whipped double cream
300 ml thin custard
a few drops of vanilla essence

Pukul sebati dan bekukan.
Boleh ditambah 75 g coklat cair.

Melon ice:-

450 ml double cream
75 g gula castor
700 g melon
250 ml sirap gula

Blender semua bahan dan bekukan selama 3 jam.
Keluarkan dan pecah pecahkan ice ini dan di bekukan lagi 2 jam.

Pasta cheese and greek pastitsio

175 g pasta e.g penne shapes
125 g bawang besar
175 g cheese
1 biji bawang putih
2 biji telur
284 ml single cream
garam dan lada sulah
minyak zaitun

Masak pasta dalam air mendidih.toskan dan simpan minyak sedikit.
Tumis bawang cincang,garlic sehingga lembut.Gaul telur dengan single cream dan masukkan cheese.Sebatikan semua bahan dan bakar 35 minit dalam oven bersuhu panas 190 deg c.

Greek pastitsio:
--------------

125 g bawang cincang
2 bawang putih di tumbuk
45 ml minyak zaitun
450 g daging kisar
400 g tomato buah dari tin
125 g mee macaroni atau penne
garam dan lada sulah

Goreng bawang dan daging.Masak lah kuah sos ini hingga pekat dan bubuh daun herbs seperti oregano,thyme. boleh juga gaging tadi di campur serbuk kulit kayu manis,jintan,halia,sedikit buah pala,daun bay dan daun ketumbar.
Gaulkan mee pasta yang sudah direbus dalam air garam.
Tuang kedalam acuan untuk di bakar.
Tuang cheese sos atasnya:-
25 g butter
25 g tepung
450 ml susu segar
50 g keju parmesan
2 bji telur

Oven 40 minit 190 deg c.

kek coklat brownies

150 g plain coklat
124 g unsalted butter
225 g gula halus
1 tsp vanilla
125 g tepung naik sendiri
2 biji telur
75 g kekacang tumbuk
50 g biji biji coklat

Cairkan butter dengan coklat dalam mangkuk besar.campurkan semua bahan yang lain hingga sebati.
Bakar dalam acuan 10" x 6" suhu 200 deg c selama 20 minit.

Caramel brownies:-
------------------
125 g margarine
125 g plain coklat
3 tbsp golden syrup
250 g light soft brown sugar
4 telur
225 g tepung naik sendiri
25 g serbuk koko
75 g kekacang tumbuk

Cairkan coklat dengan margarine.Tambahkan semua bahan bahan dan di gaul rata.
Bakar dalam acuan 12"x 8" suhu 180 deg c selama 40 minit.
sejukkan dan boleh di sapu dengan cairan candy bar.

Pulut panggang dan bingka durian

500 g beras pulut
1 1/2 cawan santan
120 g udang kering
4 ula bawang merah
2 biji cili merah
2 sudu teh gula
2 biji bawang putih
3 sudu makan minyak

Gaul beras pulut yang telah di rendam dengan santan dan secubit garam.kukus atau microwave 15 minit.
Tumbuk bahan inti udang dan tumis kering.
Ambil sesudu pulut dan letakkan atas daun pisang.Bubuh sedikit inti dan bungkus gulung rapat rapat.Sematkan dengan batang lidi.Panggang selama 20 minit.

bingka durian:-
3 cawan tepung gandum
5 biji telur
1 3/4 cawan gula
5 cawan santan pekat
1 1/2 cawan isi durian
2 sudu besar mentega
2 sudu besar ghee

Kacau bahan bahan hingga sebati dan bakar 180 deg c hingga masak.

Tepung bungkus dan kuih lopis

1/2 bungkus atau 300 g tepung beras
2 biji kelapa di ambil santannya
2 helai daun pandan
4 sudu makan tepung pulut
sedikit garam
daun pisang di layur untuk pembungkus

Masak bahan bahan ini di atas api hingga pekat.
Setelah masak masukkan inti nya ke dalam dan terus bungkus seperti bungkusan nasi lemak.
Kemudian kukus selama 20 minit.

Inti:-
1 biji kelapa parut
1 ketul gula kabung
1/2 cawan gula pasir
2 sudu tepung gandum
2 helai daun pandan
Cairkan bahan inti dengan sedikit air atas api.
angkat dan sejukkan.bulat bulatkan kecil kecil.

Kuih lopis hijau
===========
1 cawan beras pulut rendam 12 jam
3 sudu pewarna hijau
1/2 sudu teh air abu
daun pisang untuk pembungkus
kelapa parut untuk tabur

Beras pulut di bungkus menggunakan daun pisang berbentuk tiga segi dan di ikat dengan tali rapia dengan ketat.Kemudian di rebus dalam air mendidih selama 1 jam.toskan dan sejukkan.
Bila sudah sejuk.bukakan balutan daun dan salut nasi dengan kelapa parut putih.
Makan bersama sos gula.

Bingka telur dan kelupis

5 biji telur
1 cawan tepung
1 cawan gula
2 cawan santan
2 sudu makan ghee cair
pewarna kuning

Pukul semua bahan.
Bakar 150 deg c selama 45 minit
Gunakan acuan 7" x 10"

kelupis
=====
15 gelas beras pulut
15 gelas santan dari 4 atau 5 biji kelapa.
3 sudu makan garam.

Kacau bahan ini di atas api sehingga separuh masak.
Bungkus menggunakan daun atau di inti tengah nya dengan udang atau daging.
Kukus 20 minit.