Wednesday 31 March 2010

Rabi'atul-adawiyyah

Satu hari Rabi'atul-adawiyyah jatuh sakit.Orang bertanya kepadanya sebab mengapa ia sakit.Beliau berkata,"Hatiku cenderung hendak mencapai syurga,satu hari yang lampau.Kerana itu Allah jatuhkan sakit ini sementara sebagai hukuman."



Syufyan Al-Thauri berkata,"Kenapa kamu tidak memohon kepada Allah untuk menyembuhkan kamu?" Rabi'atul-adawiyah menjawab,"Kenapa aku merungut pula kerana itu hadiah Allah bagiku.Bukankah salah jika tidak mahu menerima hadiah Tuhan? Adakah bersahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?"



Malik bin Dinar berkata,"Jika kamu izinkan,boleh aku suruh seorang kawanku yang kaya memberimu semua keperluan harian."Rabi'atul-adawiyyah menjawab,"Adakah satu Tuhan yang menanggung aku, dan Tuhan yang lain pula yang menanggung kawanmu itu? Jika tidak,adakah Tuhan lupa kepadaku kerana aku miskin dan ingat kepada kawanmu itu kerana ia kaya?

Sebenarnya Allah itu tidak lupa kepada siapa pun.Kita tidak perlu memberi ingat kepada Tuhan itu.Dia lebih mengetahui apa yang baik untuk kita.Dia yang memberi kurnia dan Dia juga yang menahan kurnia itu."



Seorang wali Allah datang dan merungut tentang dunia.

Rabi'atul-adawiyah berkata."Nampaknya kamu sangat cinta kepada dunia,kerana orang yang bercakap tentang sesuatu perkara itu tentulah ia cenderung kepada perkara tersebut."

Petikkan buku Syekh Fariduddin'Attar.

Saturday 27 March 2010

Lemongrass chicken and beef raisins

1 chicken cut into pieces

1/2 kilo of santan juice

15 sticks of lemongrass to blender.

3 thin slices of galanggal to blender

2 inches of ginger

1/2 kilo of red shallots or onions

1 bulb of garlic

250g of dried chili pastes

dessicated coconut paste

sour,salt,sugar to taste

2 tumeric leaves and lime leaves for garnish.



Saute onions and garlic until fragrant.Add in all the blended ingradients and fry again till a little bit dry.Then put in the chicken pieces,santan milk and soured dried assam.Lastly the salt and sugar to taste with the dessicated coconut paste to thicken the sauce.garnish with fragrant leaves.



BEEF RAISINS:

1/2 kg beef slices

3 big spoons of raisins

3 shallots or 1 big onion.Use blender.

1 little spoon of cumin

soya sauce.



Mix all these blended ingradients with the beef for 20 minutes.

Cook until dry and pour in some of the cooking oil.

garnish with fried crispy onions and raisins.

Tauhu sizzling

Cincang setengah biji bawang besar,
5 biji cili merah
i inci halia
masukkan bahan cincang di atas ke dalam air panas 50 ml untuk membuat sos.
tambahkan 3 sudu cili sos
3 sudu sos tiram
tomato sos
berserta garam,gula,perasa dan daun bawang.
Tuangkan kuah ini keatas tauhu telur jepun yang telah di goreng potong.

Sos pedas manis:
Tumiskan satu bawang besar yang telah di cincang halus,
5 biji cili merah cincang
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
gula,garam dan perasa.campurkan sedikit air.
sos ini di tuangkan keatas potongan tauhu goreng.

Tumis udang petai:
Panaskan minyak dan tumis 5 bawang putih bersama udang.
masukkan hirisan bawang besar,biji petai dan 2 cili merah cincang.
Akhir sekali tambahkan sos cili dan cili boh,garam,gula dan sos tiram.

Friday 26 March 2010

kisah syaikh Abu Uthman Sa'id

Selama 30 tahun permulaan perjalanannya,beliau berpuasa,berjaga malam dan berkhalwat di hutan. Kemudian terdengar suara ketuhanan berkata,"Tinggalkan khalwatmu itu dan tinggal lah bersama manusia." Pada masa itu dia telah terlalu kurus.

Satu hari ramai murid-murid beliau mendengar suara ketuhanan berkata,"Janganlah melawat Syaikh Abu Uthman Sa'id lagi." Syaikh itu pun telah di pinta jangan bersyarah di khalayak ramai lagi. Semenjak itu,beliau pun terus beruzlah(memencilkan diri dari orang ramai kerana beribadat kepada Allah). Murid-muridnya pun tidak lagi berjumpa dengan beliau. Allah inginkan beliau berada dan berbicara dengan Dia sahaja tanpa orang lain.

Syaikh Abu Uthman Sa'id berkata,"Ketahuilah bahawa samak itu belum sepenuhnya membangun ruhaniah kamu, kalau belum nyanyian burung-burung di udara dan tarian daun daun oleh tiupan bayu membawa kamu kedalam keadaan dzauk (mabuk Allah).

Jika seseorang hendak mendapat faedah yang penuh dari samak(kekuatan ruh), ia hendaklah memencilkan dirinya dan buangkan ingatan dari segala yang lain kecuali Allah dan tunduk kepada kehendak Allah dan ceraikan fana (ego) dan alam.

Syaikh Abu Uthman Sa'id berkata:
1. Barangsiapa tidak mahu berada di majlis orang orang sufi dan suka melawat orang orang kaya,maka Allah butakan ruhaniahnya.

2. Orang yang sangat keperluan bolehlah menerima makanan dari orang-orang kaya tetapi jangan sekali-sekali kerana hendak berseronok;jika tidak, terganggu lah kemajuan keruhanian.

Tatkala hendak menghembuskan nafas terakhir,beliau menyuruh semua tabib-tabib yang mengubat nya itu pergi dari situ kerana mereka ibarat saudara-saudara Yusuf kepada Yusuf.
Ahli muzik pun di panggil dan samak(muzik keruhanian) pun di mulakan. Dalam pada itu,beliau pun meninggal dunia.
Petikan buku Tazkiratul-Aulia oleh Syekh Fariduddin 'Attar.