Saturday 27 November 2010

kurnia rasa

Dengan pergolakkan dunia masa kini, tidak hairan lah banyak yang mengakui bahawa tidak mudah bagi mereka untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Agung Pencipta itu sendiri. Tanpa ujian dan rasa takut atas apa yang mungkin di timpakan kepada mereka, mana mungkin dapat merasakan keperluan berhajat dan meminta dengan sepenuh hati seikhlas ikhlasnya kepada Yang Maha berkuasa.Mungkin juga kerana kesenangan yang sentiasa di perolehi dan terpenuhi,maka terasa jalan kehidupan itu tidak ada yang beronak duri. Dengan demikian pula maka nya hidup yang begitu tidak menghadapi banyak rintangan dan merasakan tiada lagi apa yang mahu di pinta.Ini pula terbahagi kepada dua golongan.Satu golongan adalah orang orang beriman yang di beri rasa cukup dengan apa saja kurniaan Tuhan kepada mereka dan dengan ilmu pengetahuan dan kefahaman mereka juga, mereka akan berasa tenang tenteram dengan Tuhan mereka.

Yang satu golongan lagi,mungkin saja nampak cukup dan nampak bahagia dengan kehidupan duniawi ini tetapi tetap tidak pernah merasa tenteram di jiwa jiwa mereka. Ada sahaja yang menjadi ketakutan kepada mereka seperti hilang kuasa,tidak lagi di sanjung dan di puja puji,orang ramai tidak peduli akan kata kata nya,di singkirkan dan tidak mahu memandang kepadanya.Walhal demikian diketahui bahawa segala nya itu tiada yang kekal abadi tetapi tetap di kejar oleh ramai orang. Malahan di negara negara besar mereka menggunakan wang yang berlebih lebihan itu untuk memperbudakkan pemimpin pemimpin yang kononnya sangat bijak mengawal dunia.Lalu tidak segan silu melaungkan tentang kebaikan kebaikan yang bakal di kecapi jika mengikut dan bersekongkol dengan idea dan pemikiran mereka. Syaitan yang bertopengkan manusia ini ada yang terlantar sakit hingga bertahun tahun lama nya dan masih tidak mati lagi. Sedarkah mereka betapa penyiksaan itu sudah di mulai di dunia ini lagi, sehingga bumi pun tidak mahu menerima jasad nya.

Telah banyak ayat ayat yang menerangkan bahawa jangan lah mengambil penasihat penasihat yang bukan islam,jangan lah menjahanamkan diri dengan berkawan dengan orang orang yang terang terangan telah di laknat oleh Allah. Jauhkan lah diri dari di perangkap dengan perempuan perempuan yang nanti nya akan menjatuhkan mu dengan berbagai cara.

Namun begitu memang betul lah bahawa dunia ini hanya pinjaman,akhirat jua akan sudahnya.