Monday 16 August 2010

Murah Buatan

Al kisah di zaman dahulu kala, ada sebuah negeri yang telah kemangkatan seorang raja nya.Oleh kerana tiada pengganti daripada waris keturunan raja berkenaan,maka diangkat lah seorang pembesar negara sebagai pengganti untuk mengetuai kerajaan yang kecil itu.

Pembesar negara yang sudah menjadi raja itu pun menjalankan tugas tugas untuk membela nasib rakyat yang masih tertinggal kebelakang daripada negara negara lain yang jauh lebih maju.Setelah berbelas tahun lama nya memerintah kawasan yang kecil itu,banyak kejayaan telah tercapai dengan rakyat yang semakin terpelajar.Namun masa untuk nya meninggalkan pemerintahan itu tiba juga.Lalu di lantik lah pengganti daripada kaum kerabat nya sendiri untuk meneruskan urusan pentadbiran kerajaan itu.

Di sini lah bermula kisah kisah keruntuhan berlaku.Terdapat banyak kesalahan telah di lakukan.
Kedengaran lah kesilapan seperti derhaka kepada orang tua telah mengakibatkan kelakuan sumbang berleluasa dan bermaharajalela di kawasan itu.Kekuatan beragama adalah sebenar nya
tunjang untuk teguh nya sistem yang sekian lama di anuti dan di hayati.Tetapi malang nya terlalu ramai yang telah di hasut dan di hanyutkan oleh kemewahan yang di ambil ambil.

Setelah lama berterusan dengan kesibukan peribadi yang hanya terkemuka dengan bermewah mewah, maka satu demi satu kejadian yang tidak menyenangkan hati rakyat pun terkeluar tertayang di hadapan mata seluruh umum.Alangkah kecewa nya Shah Iran apabila terpaksa membuang dirinya sendiri ke beberapa buah negeri hanya untuk menghabiskan hayat kehidupan nya.Apakah dengan menzalimi Ayatollah Khomeni, seorang alim ulama yang di hormati mengakibatkan nya runtuh dan terbuang.

0 comments:

Post a Comment