Tuesday, 16 February 2010

Batu Api

Sudah terang bahawa Syaitan itu adalah musuh tetapi memang ramai juga yang terus terusan tertipu walaupun melihat sendiri Syaitan ketawa terbahak-bahak. Iblis setan memang telah tertulis dengan jawatan dan peranan tugas masing masing mengikut kategori pangkat yang ditetapkan.Begitulah mereka memainkan peranan mereka di mana mana sahaja sehinga ramai pengikut yang terikut-ikut.

Berbagai taktik dan teknik untuk menyelinap masuk ke dalam akal dan perasaan manusia sehingga manusia tidak perasan langsung bahawa mereka telah di gunakan oleh para iblis syaitan dengan tujuan tertentu.Secara umum nya,dikatakan ini dan itu adalah untuk kebaikan padahal ada niat jahat di sebalik pemberitahuan itu.

Seperti yang biasa kita lihat,dari yang kecil hingga peperangan yang besar,selalunya adalah akibat hasutan yang mengapi-apikan perasaan manusia supaya bersalah faham dan berperasangka.Jika sekiranya manusia mudah lupa,tentu saja api itu mudah jadi besar dan memakan hangus sampai ke akarnya.Manusia lupa bahawa sesuatu itu di timbulkan dengan hajat dan matalamat tertentu supaya manusia mudah di goda dan di permainkan.

Dunia ini memang penuh dengan kekusutan,adakah kita akan memfokuskan hati dan minda kita kepada dunia yang kusut ini atau mengalihkan pandangan kepada yang lebih bermakna dan abadi,kekal dan bahagia.Jangan lah kita hanya mementingkan kepuasan hawa nafsu kita ingin melihat sesuatu yang tragik terjadi kepada seseorang supaya terasa puas hanya kerana suka dan ingin melihat pembalasan.Siapakah kita untuk menghukum sedangkan yang Maha adil itu sentiasa melihat dan mendengar.

Melatih rohani agak sukar jika tiada kesedaran tentang Yang Maha Esa.Itu lah di sarankan agar sentiasa berzikir iaitu mengingat Tuhan supaya tidak mudah di hasut iblis setan.

0 comments:

Post a Comment