Banyak perkara terjadi di dunia ini bukan mengikut yang kita sukai atau ingini tetapi terjadi juga tanpa di duga.Apakah kita tidak cukup berusaha untuk menghalang nya daripada terjadi atau memang tidak diberi kekuatan atau pengetahuan.
Sekiranya saja satu kelompok manusia itu tidak suka kepada kelompok yang lain,lalu berazam dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan manusia manusia yang tidak di senanginya.Ada negara yang senghaja merancang untuk menghapuskan orang islam dari bumi asal mereka dan terang terangan mengganti penduduk asal kepada pendatang asing yang khas di pindahkan kedalam negeri tersebut hanya untok meramaikan kawasan itu dengan orang orang mereka.Setelah jumlah mereka telah ramai dan majoriti penduduk adalah semuanya mereka,maka senanglah mereka melaung laungkan tentang demokerasi,undian undian yang telah mereka tahu mereka akan menang kerana mereka telah mengangkut penyokong penyokong mereka ke situ untuk tujuan menguasai. Lama kelamaan orang asli telah terpinggir kerana orang asing membuat perancangan hanya untuk kepentingan mereka sahaja.Mulut mereka mengatakan tidak membunuh sesiapa walaupun setiap hari mereka merencana kematian dan penghapusan mereka mereka yang tidak mahu tunduk mengikut kepercayaan nya.
Bagi orang muslim memang telah di beritahu tentang orang orang yang telah di laknat Allah.Ayat ayat yang menerangkan kedegilan mereka dan mengapa hati mereka telah di tutup.Walaupun semua orang boleh melihat di kaca TV tentang perbuatan putar belit mereka tetapi akan masih mengaku demi untuk konon keamanan sejagat.Tentu saja dunia memerhatikan sandiwara dan lakonan yang tidak ada sempadan sekarang ini.
Telah terbiasa juga melihat ucapan ucapan yang telah disusun begitu rapi sehingga kononnya akan melenyapkan apa saja pandangan negative umum terhadap orang yang memberi ucapan tersebut.Pada realiti nya di sebalik tabir,terus terusan saja melakukan keburukan yang mengundang kepada kehinaan pada akhirnya.
Tugas iblis dan syaitan untuk menghasut dan menjahanamkan masih saja berlaku di mana mana sama ada kecil kecilan atau besar besaran.
Bagaimana lah kiranya manusia bisa terselamat daripada godaan dan hasutan yang iblis janjikan itu.Masya Allah.
Jika manusia tidak meminta dan memohon perlindungan Allah,kemana lah lagi tempat yang selamat.
Friday, 26 February 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment