Satu hari Rabi'atul-adawiyyah jatuh sakit.Orang bertanya kepadanya sebab mengapa ia sakit.Beliau berkata,"Hatiku cenderung hendak mencapai syurga,satu hari yang lampau.Kerana itu Allah jatuhkan sakit ini sementara sebagai hukuman."
Syufyan Al-Thauri berkata,"Kenapa kamu tidak memohon kepada Allah untuk menyembuhkan kamu?" Rabi'atul-adawiyah menjawab,"Kenapa aku merungut pula kerana itu hadiah Allah bagiku.Bukankah salah jika tidak mahu menerima hadiah Tuhan? Adakah bersahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?"
Malik bin Dinar berkata,"Jika kamu izinkan,boleh aku suruh seorang kawanku yang kaya memberimu semua keperluan harian."Rabi'atul-adawiyyah menjawab,"Adakah satu Tuhan yang menanggung aku, dan Tuhan yang lain pula yang menanggung kawanmu itu? Jika tidak,adakah Tuhan lupa kepadaku kerana aku miskin dan ingat kepada kawanmu itu kerana ia kaya?
Sebenarnya Allah itu tidak lupa kepada siapa pun.Kita tidak perlu memberi ingat kepada Tuhan itu.Dia lebih mengetahui apa yang baik untuk kita.Dia yang memberi kurnia dan Dia juga yang menahan kurnia itu."
Seorang wali Allah datang dan merungut tentang dunia.
Rabi'atul-adawiyah berkata."Nampaknya kamu sangat cinta kepada dunia,kerana orang yang bercakap tentang sesuatu perkara itu tentulah ia cenderung kepada perkara tersebut."
Petikkan buku Syekh Fariduddin'Attar.
Wednesday, 31 March 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment