Monday, 16 August 2010

Kuliah pemberian

Mengikut sebuah buku yang telah terbaca bahawa setiap perkara yang di tolak oleh Allah akan membawa kemaslahatan dan kebaikan. Tetapi berapa ramai yang sanggup bersabar dan tawakkal.Dan berapa ramai yang beranggapan positif terhadap Sang pencipta mereka sendiri.Adalah pelik jika manusia kerdil yang di hidupkan oleh Tuan pencipta ini tiba tiba menyombongkan diri nya dan terasa tinggi diri yang cuba memaksa Sang Pencipta untuk mengikut kehendak dan keperluan nya bila bila masa.

Manusia memang mudah lupa bahawa yang maha berkuasa menjadikan sesuatu itu adalah yang paling bijaksana dan Maha adil dalam menghakimi hamba hamba nya.

Terasa pedih jika tidak di terima permohonan dan permintaan nya.Padahal sebagai hamba yang beriman hendaklah bersifat tenang,penuh keyakinan dan percaya bahawa semua itu akan membawa kebaikan pada diri nya.Dengan sifat sabar dan tidak gelojoh itu akan menyelamatkan diri nya daripada terpijak atau terlangkah kepada sesuatu kemalangan kerana tidak mengetahui apa yang ada di hadapan nya.

Pemberian dan penolakan Allah terhadap hamba nya tentang perkara dunia tidak lah di lihat dan di fikir secara fizikal dan lahiriah sahaja.Bilamana Allah menolak sesuatu kepada hamba nya yang beriman kemudian hamba itu mengetahui dan memahami bahawa penolakan Allah terhadap dirinya adalah merupakan rahmat atau kurnia dari Nya.Sebab dia tahu lebih dahulu akan keadilan dan kebijaksanaan Allah kepada hambanya yang beriman.Maka baginya penolakan itu pada hakikatnya adalah suatu pemberianNya juga.

Murah Buatan

Al kisah di zaman dahulu kala, ada sebuah negeri yang telah kemangkatan seorang raja nya.Oleh kerana tiada pengganti daripada waris keturunan raja berkenaan,maka diangkat lah seorang pembesar negara sebagai pengganti untuk mengetuai kerajaan yang kecil itu.

Pembesar negara yang sudah menjadi raja itu pun menjalankan tugas tugas untuk membela nasib rakyat yang masih tertinggal kebelakang daripada negara negara lain yang jauh lebih maju.Setelah berbelas tahun lama nya memerintah kawasan yang kecil itu,banyak kejayaan telah tercapai dengan rakyat yang semakin terpelajar.Namun masa untuk nya meninggalkan pemerintahan itu tiba juga.Lalu di lantik lah pengganti daripada kaum kerabat nya sendiri untuk meneruskan urusan pentadbiran kerajaan itu.

Di sini lah bermula kisah kisah keruntuhan berlaku.Terdapat banyak kesalahan telah di lakukan.
Kedengaran lah kesilapan seperti derhaka kepada orang tua telah mengakibatkan kelakuan sumbang berleluasa dan bermaharajalela di kawasan itu.Kekuatan beragama adalah sebenar nya
tunjang untuk teguh nya sistem yang sekian lama di anuti dan di hayati.Tetapi malang nya terlalu ramai yang telah di hasut dan di hanyutkan oleh kemewahan yang di ambil ambil.

Setelah lama berterusan dengan kesibukan peribadi yang hanya terkemuka dengan bermewah mewah, maka satu demi satu kejadian yang tidak menyenangkan hati rakyat pun terkeluar tertayang di hadapan mata seluruh umum.Alangkah kecewa nya Shah Iran apabila terpaksa membuang dirinya sendiri ke beberapa buah negeri hanya untuk menghabiskan hayat kehidupan nya.Apakah dengan menzalimi Ayatollah Khomeni, seorang alim ulama yang di hormati mengakibatkan nya runtuh dan terbuang.

Tuesday, 13 April 2010

Dajjal

Pada tahun 1920,terbongkarlah kes pembunuhan seorang pemuda Amerika,Bobby Frank,penduduk Chicago.Sebab utama kematiannya ialah kerana balas dendam seorang yahudi kepadanya setelah ia merencanakan untuk melepaskan diri dari organisasi yahudi,'Kaballo'.Ini adalah organisasi yang selalu berusaha menarik pemuda terbaik untuk di jadikan boneka atau patung permainan.

Satelah mereka tidak berhasil memujuknya untuk mengikut ideologi dan agama mereka,merekapun lantas membunuhnya secara kejam.Bahkan,ia sempat mengetahui banyak perkara tentang ejen -ejen terselubung raja Yahudi(dAJJAL) itu.Yahudi telah melancarkan propaganda untuk pemerintahannya melalui lembaran wang satu dolar Amerika.Yahudi membuat satu kumpulan untuk menguasai dunia tanpa sama sekali terikat dengan akhlak dan bahkan tidak lagi mengikuti ajaran yahudi yang menganjurkan akhlak dan moral.

Anehnya,anggota organisasi Kaballo adalah pengawal terbesar di Amerika Syarikat untuk membela para pembunuh.Banyak orang menerima ancaman kerana membongkar masalah lambang program kumpulan internasional yahudi.Padahal,sesungguhnya,propaganda Dajjal dan lambang capnya itu secara otomatik memperlihatkan rahsianya bagi mereka yang berfikir.

Dan Kistler juga dalam bukunya "The Thirteenth Tribe",menyatakan bahawa majoriti kaum yahudi sekarang ini bukan berasal dari 12 kabilah keturunana Nabi Ya'qub sebagaimana tentang mereka disebutkan kisah dalam Al-Quran dan Taurat.BAHKAN,MEREKA ITU TELAH MENYIMPANG DARI KABILAH KHAZAR,kabilah ketiga belas.Keturunan mereka ini menyebar di pelbagai negara Eropah Timur.Ertinya,mereka ini tidak berasal dari Palestin,tetapi dari Kaukasa dan Asia Tengah.

Professor Abraham Bolyake juga menulis tentang Yahudi yang sekarang itu datang dari Khazar,suku ketiga belas dan sekaligus membantah cerita dongeng tentang kaum itu sebagai bangsa pilihan.
Sejarah mencatat bangsa-bangsa penyembah berhala itu bernama Khazar.Mereka pernah tinggal di wilayah timur jauh Eropah.Di situ mereka membentuk kerajaan Khazar yang kuat.
Pemerintaha yahudi Khazar mengutip upeti/cukai secara paksa dari 25 bangsa.Khazar yahudi jatuh ke tangan Rusia.Pemberontak Khazar Yahudi itu pun menjelaskan kepada kita bahawa orang orang kita sebut sebagai orang orang yahudi itu telah bersesuaian menetap di dalam pemerintahan komunis Rusia.

Realiti menyatakan bahawa majoriti kaum yahudi di dunia pada saat sekarang ini,berasal dari sebelah timur Eropah.Oleh kerana itu Yahudi Khazar(Caspien) yang nenek moyang mereka bukan dari Urdun(Ardan),melainkan dari sungai Volga (Al-Fulja).Mereka juga bukan berasal dari Mesir tanah Kan'an tetapi Yahudi Khazar ini berasal dari Kaukas yang sejak dulu diyakini sebagai tempat kelahiran bangsa Aria.Dari segi keturunan,Yahudi sekarang ini adalah lebih dekat kepada kabilah Hon,Uigur,dan Magyar.

Genggaman burung helang yang kuat atas lembaran wang dolar amerika merupakan lambang genggaman,cengkaman,dan kekuasaan Dajjal yang di kutuk Allah.Angka 13 merupakan lambang yang sangat jelas bagi setiap orang yang mengerti bahawa hal itu adalah lambang asal usul yahudi.Demikian juga air di liputi oleh piramid.Itulah air pada Segel Dajjal yang dipergunakan untuk protokol dan surat surat rasminya.

Sesungguhnya, iblis manusia ini telah mengisytiharkan atau memperkenalkan ehwal dirinya sendiri secara diam diam .
Firman Allah s.w.t,"Dan kamu tidak dapat menghendaki(menempuh jalan itu) kecuali apabila di kehendaki oleh Allah,Tuhan semesta alam."(At-Takwir:29)
Petikan buku Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segi tiga bermuda oleh Muhammad Isa Dawud.

Wednesday, 31 March 2010

Rabi'atul-adawiyyah

Satu hari Rabi'atul-adawiyyah jatuh sakit.Orang bertanya kepadanya sebab mengapa ia sakit.Beliau berkata,"Hatiku cenderung hendak mencapai syurga,satu hari yang lampau.Kerana itu Allah jatuhkan sakit ini sementara sebagai hukuman."



Syufyan Al-Thauri berkata,"Kenapa kamu tidak memohon kepada Allah untuk menyembuhkan kamu?" Rabi'atul-adawiyah menjawab,"Kenapa aku merungut pula kerana itu hadiah Allah bagiku.Bukankah salah jika tidak mahu menerima hadiah Tuhan? Adakah bersahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?"



Malik bin Dinar berkata,"Jika kamu izinkan,boleh aku suruh seorang kawanku yang kaya memberimu semua keperluan harian."Rabi'atul-adawiyyah menjawab,"Adakah satu Tuhan yang menanggung aku, dan Tuhan yang lain pula yang menanggung kawanmu itu? Jika tidak,adakah Tuhan lupa kepadaku kerana aku miskin dan ingat kepada kawanmu itu kerana ia kaya?

Sebenarnya Allah itu tidak lupa kepada siapa pun.Kita tidak perlu memberi ingat kepada Tuhan itu.Dia lebih mengetahui apa yang baik untuk kita.Dia yang memberi kurnia dan Dia juga yang menahan kurnia itu."



Seorang wali Allah datang dan merungut tentang dunia.

Rabi'atul-adawiyah berkata."Nampaknya kamu sangat cinta kepada dunia,kerana orang yang bercakap tentang sesuatu perkara itu tentulah ia cenderung kepada perkara tersebut."

Petikkan buku Syekh Fariduddin'Attar.

Saturday, 27 March 2010

Lemongrass chicken and beef raisins

1 chicken cut into pieces

1/2 kilo of santan juice

15 sticks of lemongrass to blender.

3 thin slices of galanggal to blender

2 inches of ginger

1/2 kilo of red shallots or onions

1 bulb of garlic

250g of dried chili pastes

dessicated coconut paste

sour,salt,sugar to taste

2 tumeric leaves and lime leaves for garnish.



Saute onions and garlic until fragrant.Add in all the blended ingradients and fry again till a little bit dry.Then put in the chicken pieces,santan milk and soured dried assam.Lastly the salt and sugar to taste with the dessicated coconut paste to thicken the sauce.garnish with fragrant leaves.



BEEF RAISINS:

1/2 kg beef slices

3 big spoons of raisins

3 shallots or 1 big onion.Use blender.

1 little spoon of cumin

soya sauce.



Mix all these blended ingradients with the beef for 20 minutes.

Cook until dry and pour in some of the cooking oil.

garnish with fried crispy onions and raisins.

Tauhu sizzling

Cincang setengah biji bawang besar,
5 biji cili merah
i inci halia
masukkan bahan cincang di atas ke dalam air panas 50 ml untuk membuat sos.
tambahkan 3 sudu cili sos
3 sudu sos tiram
tomato sos
berserta garam,gula,perasa dan daun bawang.
Tuangkan kuah ini keatas tauhu telur jepun yang telah di goreng potong.

Sos pedas manis:
Tumiskan satu bawang besar yang telah di cincang halus,
5 biji cili merah cincang
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
gula,garam dan perasa.campurkan sedikit air.
sos ini di tuangkan keatas potongan tauhu goreng.

Tumis udang petai:
Panaskan minyak dan tumis 5 bawang putih bersama udang.
masukkan hirisan bawang besar,biji petai dan 2 cili merah cincang.
Akhir sekali tambahkan sos cili dan cili boh,garam,gula dan sos tiram.

Friday, 26 March 2010

kisah syaikh Abu Uthman Sa'id

Selama 30 tahun permulaan perjalanannya,beliau berpuasa,berjaga malam dan berkhalwat di hutan. Kemudian terdengar suara ketuhanan berkata,"Tinggalkan khalwatmu itu dan tinggal lah bersama manusia." Pada masa itu dia telah terlalu kurus.

Satu hari ramai murid-murid beliau mendengar suara ketuhanan berkata,"Janganlah melawat Syaikh Abu Uthman Sa'id lagi." Syaikh itu pun telah di pinta jangan bersyarah di khalayak ramai lagi. Semenjak itu,beliau pun terus beruzlah(memencilkan diri dari orang ramai kerana beribadat kepada Allah). Murid-muridnya pun tidak lagi berjumpa dengan beliau. Allah inginkan beliau berada dan berbicara dengan Dia sahaja tanpa orang lain.

Syaikh Abu Uthman Sa'id berkata,"Ketahuilah bahawa samak itu belum sepenuhnya membangun ruhaniah kamu, kalau belum nyanyian burung-burung di udara dan tarian daun daun oleh tiupan bayu membawa kamu kedalam keadaan dzauk (mabuk Allah).

Jika seseorang hendak mendapat faedah yang penuh dari samak(kekuatan ruh), ia hendaklah memencilkan dirinya dan buangkan ingatan dari segala yang lain kecuali Allah dan tunduk kepada kehendak Allah dan ceraikan fana (ego) dan alam.

Syaikh Abu Uthman Sa'id berkata:
1. Barangsiapa tidak mahu berada di majlis orang orang sufi dan suka melawat orang orang kaya,maka Allah butakan ruhaniahnya.

2. Orang yang sangat keperluan bolehlah menerima makanan dari orang-orang kaya tetapi jangan sekali-sekali kerana hendak berseronok;jika tidak, terganggu lah kemajuan keruhanian.

Tatkala hendak menghembuskan nafas terakhir,beliau menyuruh semua tabib-tabib yang mengubat nya itu pergi dari situ kerana mereka ibarat saudara-saudara Yusuf kepada Yusuf.
Ahli muzik pun di panggil dan samak(muzik keruhanian) pun di mulakan. Dalam pada itu,beliau pun meninggal dunia.
Petikan buku Tazkiratul-Aulia oleh Syekh Fariduddin 'Attar.