Monday 16 August 2010

Kuliah pemberian

Mengikut sebuah buku yang telah terbaca bahawa setiap perkara yang di tolak oleh Allah akan membawa kemaslahatan dan kebaikan. Tetapi berapa ramai yang sanggup bersabar dan tawakkal.Dan berapa ramai yang beranggapan positif terhadap Sang pencipta mereka sendiri.Adalah pelik jika manusia kerdil yang di hidupkan oleh Tuan pencipta ini tiba tiba menyombongkan diri nya dan terasa tinggi diri yang cuba memaksa Sang Pencipta untuk mengikut kehendak dan keperluan nya bila bila masa.

Manusia memang mudah lupa bahawa yang maha berkuasa menjadikan sesuatu itu adalah yang paling bijaksana dan Maha adil dalam menghakimi hamba hamba nya.

Terasa pedih jika tidak di terima permohonan dan permintaan nya.Padahal sebagai hamba yang beriman hendaklah bersifat tenang,penuh keyakinan dan percaya bahawa semua itu akan membawa kebaikan pada diri nya.Dengan sifat sabar dan tidak gelojoh itu akan menyelamatkan diri nya daripada terpijak atau terlangkah kepada sesuatu kemalangan kerana tidak mengetahui apa yang ada di hadapan nya.

Pemberian dan penolakan Allah terhadap hamba nya tentang perkara dunia tidak lah di lihat dan di fikir secara fizikal dan lahiriah sahaja.Bilamana Allah menolak sesuatu kepada hamba nya yang beriman kemudian hamba itu mengetahui dan memahami bahawa penolakan Allah terhadap dirinya adalah merupakan rahmat atau kurnia dari Nya.Sebab dia tahu lebih dahulu akan keadilan dan kebijaksanaan Allah kepada hambanya yang beriman.Maka baginya penolakan itu pada hakikatnya adalah suatu pemberianNya juga.

0 comments:

Post a Comment