Monday 9 November 2009

Zero mind

Baru baru ini ada lah pula perkataan mengosongkan minda dari apa apa prasangka atau persepsi ini .Dulu orang memperkatakan tentang positive thinking,jangan negative thinking dan sebagainya.Tentang bersangka buruk ini memang di larang dalam agama,kerana siapa lah kita untuk menentukan apa apa jua keadaan.
Jika saja manusia ini di beri kuasa sepenuhnya, tentu tunggak langgak alam ini di buatnya.Seorang pemimpin mahunya begini dan di negeri lain pula mahunya begitu.Masing masing mahu menang dengan agenda tersendiri.Kadang kadang konon nya mereka berbuat begitu begini adalah untuk kebaikan padahal lain di mulut,lain pula di hati.Siapakah mereka yang berselindung di sebalik kepura-puraan.Adakah mereka kira Tuhan itu boleh ditipu?.


Tentang pengosongan tadi adalah memerlukan latihan latihan praktikal atas diri masing masing supaya selalu memeriksa diri dan beranggapan bahawa dirinya tidak juga sehebat mana di bandingkan dengan berjuta juta yang lainnya,Memang begitu lah sepatutnya kerana yang Maha hebat itu adalah tidak lain dan tidak bukan adalah hanya Yang Satu itu iaitu Tuhan yang maha Esa.Jadinya siapa lah manusia ini untuk menentukan apa apa kejadian di muka bumi ini,yang tentunya tidak akan terjadi,melainkan dengan izinNya jua.
Ada juga yang mengatakan,sesebuah negeri itu tidak maju kerana terlalu banyak berdoa saja dan tidak berusaha selayaknya.Apakah mereka tidak terfikir bahawa Allah menjadikan sesuatu kejadian itu ada hikmahnya.Mungkin suatu perkara itu tidak di sukai tetapi itu adalah lebih baik, kerana apa yang di sukai waktu ini mungkin saja akan mendatangkan kemudharatan nantinya atau apa yang di sukai itu adalah sebenarnya tidak baik bagi seseorang itu.Dalam erti kata manusia hanya tahu apa yang ada dalam pengetahuannya sahaja,sedangkan pengetahuan Allah itu Maha luas.Adakah patut manusia meninggi diri dan berkata seharusnya begitu begini mengikut pengetahuannya yang cetek itu.Patutkah manusia sombong kepada Tuhannya dan merasa dirinya lebih pandai dan lebih mengetahui?

Didalam ilmu mengenal diri,memang ada diajarkan tentang mengosongkan diri.Bagi mereka mereka yang mempunyai Tuan Guru yang sahih, bolehlah bercerita lanjut tentang ilmu ilmu ini.

Walaupun zaman sudah canggih dengan peralatan moden yang serba mewah,manusia perlulah juga sentiasa ingat kepada Sang Penciptanya kerana kesudahan semua ini masih akan di pertanggung jawabkan dan disoal jawab di akhirat nanti.Tentang bagaimana manusia mempergunakan umur yang di anugerahkan.Mengapakah kita suka mengejar sesuatu untuk menunjuk pada orang,sedangkan orang tersebut tidak peduli pun tentang apa yang kita ada atau lebih buruk lagi jika apa yang kita ada malah akan mengucar kacirkan lagi suasana kerana timbul perasaan hasad dengki dan irihati.

Oleh kerana itu,manusia suka memohon petunjuk dan mendekatkan diri kepadaNya agar apa saja perbuatan dan usaha yang akan di lakukan seterusnya adalah mengikut lunas lunas yang dibenarkan dan di redhai.Semoga kelakuan dan perbuatan tidak hanya semata mata untuk menunjukkan berusaha dan sentiasa sibuk tetapi juga melakukan sesuatu itu dengan disertai keredhaanNya untuk keberhasilan yang berpanjangan.

0 comments:

Post a Comment