Thursday 25 February 2010

Zaman katak

Bukan katak bawah tempurung tetapi Laila manja mencium putera yang telah tersumpah menjadi katak.
Pada zaman dahulu kala di ceritakan tentang seorang putera raja yang handsome bergaya tetapi tersangat derhaka kepada kedua orang tua nya.Oleh kerana kedua orang tuanya telah mangkat kembali ke Rahmatullah,maka tidak lah ada lagi baginya peluang untok memohon kemaafan dan keampunan atas segala tingkah lakunya waktu muda-muda dahulu.Lalu sehingga zaman tuanya sentiasalah ia terumbang ambing,tidak tahu mana yang patut di ikut.

Di pendekkan cerita bahawa pada satu peristiwa,putera katak ini di perkenalkan kepada seorang yang kononnya sangat sangat mengetahui tentang perihal apa saja kejadian yang di inginkan.Maka setelah melihat sendiri dan berpuas hati tentang keberhasilan apa apa saja yang di kehendakinya,orang itu pun di ambil bekerja tetap di sana.Sangatlah bahagia di rasakan kerana telah ada tempat untuk meminta dan di pastikan untuk berjaya di setiap perbuatan.
Seperti di cerita dongeng dongeng yang lain,mesti lah ada di ciptakan satu watak yang merah bertanduk lebih terkenal dengan panggilan iblis syaitan.Bukan sahaja untuk mewarna warnikan cerita supaya lebih dramatik tetapi itu adalah semula jadi yang memang di janjikan hingga ke akhir nya.

Berbalik kepada Sang katak tadi,ia tidak lah sedar akan peranan yang di mainkan oleh si merah bertanduk itu.Mereka berpesta dan ketawa sepanjang masa kerana mereka boleh mengada adakan barang yang tiada menjadi ada.Perkara yang tidak berlaku tetapi di buat seperti benar benar berlaku.Setelah sekian lama mereka menjadi sahabat karib dan sudah tidak membezakan siapa sebenarnya di antara mereka yang si putera atau si merah.

Yang paling menyedihkan lagi ialah apabila si merah menjadi si putera dan menjadikan si putera sebagai patungnya sahaja.Alangkah kecewa nya ayah bonda jika mereka masih hidup untuk menyaksikan dengan biji mata sendiri tentang akhirnya sebuah cerita.
Begitulah kita di dunia ini yang tidak habis habis dengan godaan walaupun telah diperingatkan berulang ulang kali.

Ada cerita si Tanggang atau malim kundang,bawang merah bawang putih dan sebagainya.Tetapi apakah segala kejadian tanah runtuh,peperangan di Iraq dan Afghanistan,Apartheid di Palestein dan sebagainya tidak menyedarkan kita tentang adanya iblis syaitan.Apakah kita mesti lupa dan lupa lagi bahawa manusia tidak akan sunyi dari gangguan iblis syaitan dan bagaimanakah kita menjaga diri kita supaya jauh dari godaan iblis syaitan?.

Sentiasa mengingat Allah,Insya Allah.

0 comments:

Post a Comment