Friday 26 March 2010

kisah syaikh Abu Uthman Sa'id

Selama 30 tahun permulaan perjalanannya,beliau berpuasa,berjaga malam dan berkhalwat di hutan. Kemudian terdengar suara ketuhanan berkata,"Tinggalkan khalwatmu itu dan tinggal lah bersama manusia." Pada masa itu dia telah terlalu kurus.

Satu hari ramai murid-murid beliau mendengar suara ketuhanan berkata,"Janganlah melawat Syaikh Abu Uthman Sa'id lagi." Syaikh itu pun telah di pinta jangan bersyarah di khalayak ramai lagi. Semenjak itu,beliau pun terus beruzlah(memencilkan diri dari orang ramai kerana beribadat kepada Allah). Murid-muridnya pun tidak lagi berjumpa dengan beliau. Allah inginkan beliau berada dan berbicara dengan Dia sahaja tanpa orang lain.

Syaikh Abu Uthman Sa'id berkata,"Ketahuilah bahawa samak itu belum sepenuhnya membangun ruhaniah kamu, kalau belum nyanyian burung-burung di udara dan tarian daun daun oleh tiupan bayu membawa kamu kedalam keadaan dzauk (mabuk Allah).

Jika seseorang hendak mendapat faedah yang penuh dari samak(kekuatan ruh), ia hendaklah memencilkan dirinya dan buangkan ingatan dari segala yang lain kecuali Allah dan tunduk kepada kehendak Allah dan ceraikan fana (ego) dan alam.

Syaikh Abu Uthman Sa'id berkata:
1. Barangsiapa tidak mahu berada di majlis orang orang sufi dan suka melawat orang orang kaya,maka Allah butakan ruhaniahnya.

2. Orang yang sangat keperluan bolehlah menerima makanan dari orang-orang kaya tetapi jangan sekali-sekali kerana hendak berseronok;jika tidak, terganggu lah kemajuan keruhanian.

Tatkala hendak menghembuskan nafas terakhir,beliau menyuruh semua tabib-tabib yang mengubat nya itu pergi dari situ kerana mereka ibarat saudara-saudara Yusuf kepada Yusuf.
Ahli muzik pun di panggil dan samak(muzik keruhanian) pun di mulakan. Dalam pada itu,beliau pun meninggal dunia.
Petikan buku Tazkiratul-Aulia oleh Syekh Fariduddin 'Attar.

0 comments:

Post a Comment