Memperkatakan tentang pekerjaan memang tajuk yang sangat luas,apalagi zaman sekarang ini dengan bidang bidang pekerjaan yang dikira mustahil pada waktu dulu.Kerana keperluan zaman sekarang sudah banyak berubah.Sepertinya saja,pekerjaan pekerjaan dalam internet kerana zaman dahulukala tidak ada yang memerlukan pengetahuan untuk mengisi informations kedalam alam cyber ini.Setelah computer tercipta dan tersebar luas penggunaan nya, maka tidak dapat tidak manusia seluruh dunia memerlukan kecepatan untuk mengaccess apa apa saja info yang terdapat didalamnya. Maklumat maklumat terkini telah diisi oleh manusia manusia itu sendiri tanpa sempadan dan masa masa yang terhad seperti office hours yang terdapat waktu zaman 80-an dahulu.
Jika dahulunya tidak ada orang yang akan membuat kerja tanpa di janjikan gaji terlebih dahulu tetapi sekarang kebanyakkan orang dengan biasa saja secara sepontan akan membuat kerja kerja itu mengikut keistimewaan masing masing.Walaupun perkiraan pembayaran masih ada tetapi itu adalah secara automatic dan tidak membebankan pengguna yang berurusan didalamnya.
Pekerjaan di alam cyber ini juga telah dibuat sebegitu rupa sehingga berfungsi sepertimana dunia luar dari segi askar dan polisnya,pegawai keselamatannya dan mesra alamnya.Lantas dalam dunia pekerjaan nya juga menjadi pelbagai dan di pelbagaikan sehingga sesiapa yang buta IT di anggap ketinggalan dalam banyak hal.
Begitulah juga halnya kepada anak anak muda sekarang supaya mengetahui dunia IT ini kerana ianya juga berubah dengan cepatnya.Sentiasa saja akan ada model model terbaru dan lebih canggih kerana persaingan adalah dari seluruh dunia dan tidak tertakluk kepada sempadan sesebuah negara.Maka,begitu juga pekerjaan pekerjaan yang di tawarkan dan di perlukan tidak lah terhad dan terkongkong.Di mana saja awda berada, awda boleh membuat pekerjaan itu dan menyampaikan hasil pekerjaan awda dimana mana negeri yang berkehendak.
Jika zaman dahulu peniaga merahsiakan darimana mereka mengambil barang dan menjual saja kepada pengguna dengan harga melambung berlipat kali ganda tetapi sekarang,pengguna adalah juga peniaga kerana mereka juga sendiri boleh berhubung terus dengan pembekal pembekal yang mereka inginkan.Begitulah timbulnya banyak pengusaha kecil kecilan sekarang ini seperti tudung,aksesori pin,handbags,kain-baju,barangan plastik sehingga barangan berat seperti furnitures dan barangan rumah lain nya.Pengguna menjadi peniaga adalah trend masa kini,hanya tertakluk kepada budget awda untuk pesanan barang yang di niagakan.
Jika dulu tanam sayur dan di jual sendiri,sekarang segala produk yang awda ada seperti biscuits,kuih kering,acar dan kain tenunan boleh di pasarkan dengan lebih jaya lagi.
Selamat berkarya dan berkerjaya.
Who wants to talk about unemployment.From Aljazeera news,currently there are about 15.7 millions unemployed people in the US which is about 10.7 percent.The worst in 26 years.
0 comments:
Post a Comment