Friday 25 September 2009

Apa yang di cari

Hari ini saya kebetulan simbang simbang dengan seorang rakan mengenai isu isu semasa.Kebanyakkannya menjurus kepada soal kewangan dan mencari pendapatan.

Apa pun yang di perkatakan dan usaha yang dibuat,kita tidak akan lupa bahawa keberhasilan sesuatu usaha itu bukan hanya bergantung atas daya usaha kita semata-mata.

Mengikut kata Abu Hazim Al-Maliki"Perkara yang telah di takdirkan untukku pasti aku dapat walaupun aku lari daripadanya, dan perkara yang telah di takdirkan bukan untukku pasti tidak dapat walaupun aku bersusah payah untuk mendapatnya."



Tentu saja jika kita ini sebuah kereta buatan Toyota adalah lebih baik dan wajar ketika kereta itu rosak semestinya akan di bawa ke bengkel pembaikan jenis Toyota juga,mengikut sukat sukat pengeluaran jenis yang sama.Begitu juga kita sebagai makhluk yang di ciptakan, tentu saja ada 'buku manual' sebagai panduan pembaikan jika sekiranya terluka atau tersakit.Maka dari itu selalu di anjurkan kepada manusia yang di anugerahkan akal yang sempurna ini tentang keperluan merujuk kitab Al Quran dan Hadith, supaya tidak terpesong jauh dari jalan yang lurus.



Dan memang Maha Benarlah Allah,kerana Allah juga berfirman:

"Kalau sekiranya Kami menurunkan AlQuran ini kepada sebuah gunung,pasti kamu akan melihat gunung itu tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah."



Apakah kita tidak merasa kerdil?



Oleh itu kita akan sentiasa ingat kepadaNya kerana di mana lah lagi kita patut meminta dan berharap.Hanya dengan Rahmat Kasih sayangNya jua.

0 comments:

Post a Comment