Coba awda teka apa pengertian petunjuk dalam pemikiran awda.
Adakah kita mengerti apa yang kita lakukan di sepanjang penghidupan ini.
Adakah yang menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu.
Siapakah yang memberikan kita kekuatan dan kegigihan untuk mengerjakan sesuatu yang kita benar benar percaya akan bererti buat kita.
Adakah dengan mulut membebel dan memperkatakan sesuatu hingga berbuih mulut akan menjadikan sesuatu itu terjadi mengikut kehendak yang kita mahui.
Kenapakah seseorang itu boleh mendapat tetapi tidak semua yang boleh mendapat apa yang di hajatinya.
Apakah awda pernah mendengar si buta memandu si buta.
Ataukah awda pernah mendengar orang yang tidur memberi ceramah kepada orang yang mati hatinya.
Begitulah pentingnya ilmu kepada manusia.Sebenarnya ilmu itu lah penyuluh jalan.
Dan ilmu yang sebenar benar ilmu itu adalah datangnya dari mana.
Adakah manusia telah sebenar benar yakin bahawa Yang Maha berilmu itu Maha mengetahui akan keadaan makhluk yang di ciptakan Nya ini.
Adakah dengan merungut dan berkeluh kesah akan menyampaikan manusia kepada hajatnya.
Kenapakah sifat sabar itu di ulang ulang dan di katakan sabar itu adalah separuh dari iman.
Apakah selalunya terjadi kepada manusia yang tidak memiliki sifat sabar.
Adakah selalunya orang yang mengerusuh dan main rujuh rujuh saja,gopoh gapah mendatangkan kebaikan.
Ada rencana yang mengambil masa untuk diperlihatkan hasilnya.
Tidak kurang juga banyaknya rencana yang terjadi secara tiba tiba.
Mungkin itu yang dikatakan manusia hanya bisa merancang tetapi Tuhan yang menentukan.
Apakah manusia tidak takut berjalan di dalam gelap tanpa lampu penyuluh.
Apakah hanya cukup dengan mata kasar yang di anugerahi Allah.
Sepertinya saja seorang yang telah jadi jenazah,terlantar,terbaring,dan masih ada kedua matanya,tetapi sudah tidak mampu melihat.
Saturday, 3 October 2009
Resepi mententeramkan jiwa
Banyak hal dan perkara yang tidak menyenangkan hati manusia di sepanjang hari hari kehidupan ini.Bagi yang bekerja atau menuntut di pengajian, kadang kala merasa tertekan dengan segala pekerjaan yang harus di selesaikan.Walau apa pun kesukaran menghadapi pekerjaan dan tanggungjawab harian,kehidupan di teruskan juga.Di sini lah timbulnya berbagai perasaan tidak puas hati atau jemu,bosan atau marah menghadapi ujian ujian kehidupan.
Mengikut Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani,sebenarnya ujian itu adalah bertujuan untuk meninggikan taraf mereka di akhirat kelak, kerana taraf kehidupan akhirat itu tidak akan di tinggikan kecuali melalui amal salih dalam kehidupan dunia ini.
Sabda Nabi saw"sesungguhnya kami dari golongan anbiya ini sangat teruk di uji,kemudian orang orang yang di bawah peringkat kami, dan kemudian orang orang yang di bawah peringkat itu,dan begitulah seterusnya."
Untuk menaiki peringkat dan taraf taraf ini,hendaknya lah manusia mengetahui di peringkat nafsu mana kah ia masih berada.Yang paling bawah sekali, masih memiliki nafsu amarah.Sesudah hapus nafsu amarah nya, selepas itu di naikkan kepada Lawamah,Mulhamah,Mutmainnah,Radhiah dan akhir nya Mardhiah dan Kamaliah.
Untuk mencapai ke tahap yang di sebutkan inilah kesucian hati, kebersihan hati adalah kunci mencapai kejayaan tersebut.
Bagi mereka yang ingin mencapai kejayaan yang hakiki tersebut,kenalah mencari ilmu ilmu tersebut dan mempelajari,mendalami, bahkan meyakini bahawa apa yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis itu adalah magic yang tidak nampak di mata kasar sahaja.
Friday, 2 October 2009
Alkisah lagi
Di zaman dahulu kala,ada sebuah negeri yang bernama Kencanastan.Penduduknya aman bahagia,tanahnya subur dan mengeluarkan hasil sumber sumber alam.Ia di perintah oleh seorang raja ala ala hindustani tetapi alim,suka menuntut ilmu ilmu keagamaan.Raja juga suka menolong rakyatnya sehingga banyak yang terpelajar dan seiring dengan pembangunan dalam negerinya.Baginda juga mempunyai seorang mufti yang boleh dipercayainya.
Setelah anakndanya,besar dan matang,baginda pun mengangkat anakndanya menjadi pengganti untuk meneruskan pemerintahan.Ketika raja mangkat,anak anaknya pun merasa sedih tidak terkira.Tetapi tidak beberapa tahun kemudian,anak anaknya semua di lantik menjadi menteri dan mereka pun berpesta berhabis habisan seperti tiada esok lagi layaknya.Selang berpuluh tahun berlalu,tiada apa yang merungsingkan rakyat jelata kerana semua nampak terurus dengan hasil bumi yang masih saja mencukupi untok keperluan rakyat penduduknya.
Mengikut cerita itu,rupa rupanya di sebalik kemegahan bermewah mewah itu,telah sampai masanya,harta yang di pegang telah habis di belanjakan.Kebanyakkannya telah di tipu dan tertipu.Mula lah rakyat jelata tertanya tanya sama ada kekayaan itu masih ada atau tidak.
Mulalah juga penduduk mengemukakan masaalah itu ini tidak cukup kerana anak anak mereka susah mencari pekerjaan.Mereka pun tertanya tanya kemanakah perginya kewangan itu sehingga selalu kedengaran tidak ada peruntukan untuk mengambil pekerja pekerja muda dan baru.
Lama kelamaan banyak perkara yang tidak dapat diperbaiki kerana kesulitan wang biaya.Rakyat mula marah dan secara diam diam dan sedikit sedikit mereka mengalihkan pandangan kepada seorang pemuda pengembara.Pengembara ini sangat pandai tutur bicaranya,sehingga ia mempunyai banyak pengikut di serata daerah.Yang peliknya pemuda itu tidak mahu menonjolkan dirinya,walaupun orang ramai sangat berharap kepadanya.
Mengikut cerita sebuah negeri yang lain seperti Harun ar-Rasyid di bawa berjumpa Fuzail bin Iyaz.Ketika Harun ar Rasyid menghulurkan tangannya untuk bersalam,Fuzail berkata"Betapa lembut dan halus tangan ini.Semoga tangan ini terhindar dari api neraka."
Kata Fuzail lagi, NAbi pernah bersabda bahawa adalah sesaat mematuhi perintah Allah adalah lebih baik daripada seribu tahun di patuhi oleh umat manusia.Nabi menambah,"Kepimpinan akan menjadi sumber penyesalan pada hari berbangkit nanti"
Ketika di angkat menjadi khalifah, Umar bin Abdul Aziz berkata,"Hatiku sangat gundah kerana cobaan ini;apakah yang harus ku lakukan?Aku tahu bahawa kedudukan yang tinggi ini adalah sebuah cobaan walaupun orang lain menganggapnya sebagai karunia,"
Ada juga satu bab tentang bergaul dengan raja(pemerintah)dalam buku tanbihul ghafilin:
Ibn Abbas r.a berkata"Jauhilah pintu pintu raja sebab kamu tidak mendapat dari dunia mereka kecuali dengan mengurbankan akhiratmu yang lebih besar."
Sebahagian ulama berkata"Hubunganmu kepada raja dan pemerintah itu mendorong kamu berbuat 3 macam:
-Berusaha untuk memuaskan mereka
-mengagungkan dunia mereka
-dan membenarkan amal perbuatan mereka.
Thursday, 1 October 2009
Resepi Letak Kereta
Tentu banyak kisah tentang perihal meletakkan kereta.Ada juga pihak pihak tertentu yang membuat letak kereta khas untuknya di depan bangunan.Tetapi adalah kurang wajar jika orang orang yang bekerja di situ menempatkan kereta kereta mereka di hadapan yang sepatutnya diberi keutamaan kepada pelanggan pelanggan yang datang berkunjung dan berurusan.
Ada beberapa sebab kenapa mereka bangga meletak kereta di hadapan bangunan tempat mereka bekerja setiap hari.Salah satunya tentu saja melambangkan kekuasaan, seperti ini bangunan saya yang berkuasa di sini.Tetapi jika di bandingkan untuk menhormati tetamu yang berurusan terutama agensi yang mengutamakan pelanggan,tentunya orang datang bertandang tidak akan di galakkan melalui dapur belakang.Sungguh memalukan jika susun atur design bangunan tertentu memuliakan pekerjanya sahaja sedangkan tetamu yang perlu di hormati terpaksa tercari cari letak kereta di bahagian belakang bangunan.
Letak kereta juga melambangkan kesombongan kerana merasakan dirinya perlu di beri keutamaan padahal bangunan itu tidak akan berfungsi jika tiada pelanggan yang memajukan apa jua services yang di hulurkan.Trend dan culture seperti ini menyebabkan pekerja pekerja di bangunan tersebut mempunyai sifat meninggi diri, tidak hormat tetamu kerana penyambut tetamunya hanya menyambut pekerja besarnya sahaja dan bukan tetamu yang jarang jarang berkunjung.Hanya soal letak kereta sahaja,menimbulkan kemarahan.Apalagi waktu pengubahsuaian,tiada label,tiada penunjuk arah,dan menyalahkan orang ramai yang datang.Padahal orang ramai itu,bukan datang kesana setiap hari,tidak mengetahui perubahan yang telah di buat, dan lagi orang ramai bukan bekerja di sana setiap hari.Sudah tentu mereka tidak tahu kerana mereka bukan bekerja di sana setiap hari.
Seperti jururawat pergigian yang dengan dengan sombong dan angkuhnya akan menutup laluan kereta awda jika di dapati nya ada orang yang baru pernah berkunjung tidak tahu di mana letak kereta bagi orang yang datang mendapatkan perkhidmatan di bangunan itu.Mereka ini selalunya beranggapan mereka adalah orang penting dan orang yang memerlukan perkhidmatan adalah seperti peminta sedekah.
Bagaimanakah orang awam menilai pekhidmatan yang mereka berikan?Tentu saja masing masing mempunyai pengalaman yang tidak membanggakan.Dimana mana akan kedengaran bahawa di sana ada yang bermuka tidak menyenangkan atau tidak adil dalam mengurus orang ramai atau seperti pekerja yang tidak pernah di kursus.
Begitulah kerenah para pekerja,belum lagi kerenah melayan pelanggan perkhidmatan.
Resepi durian buruk
Bagi sesiapa yang pernah mengalami pengalaman yang tidak menyenangkan,sudah tentunya akan terfikir tentang kenapa dan mengapa.Di sini saya hanya ingin berkongsi tentang membeli barang yang terlalu mahal harganya tetapi tidak semahal harga diri dan maruah yang di pertanggungkan.
Sekiranya ada sesiapa yang berhasrat hendak membeli sesuatu yang bernilai,kita nasihatkanlah bahawa kadangnya apa yang kita lihat dan nampak jelas di hadapan mata bukanlah apa yang sebenarnya .Banyak perkara yang terselindung di balik kemanisan kata kata.
Yang menjadi kemusykilan juga,mengapakah apabila kita telah memiliki sesuatu barang tersebut,bermulalah hal hal seperti sebenarnya barang tersebut adalah milik orang lain tetapi di campur dengan sedikit bahagian yang benar benar kepunyaannya untuk membuat ia kelihatan besar dan banyak supaya nampak berbaloi membeli barang yang kononnya besar dan megah.
Dalam apa apa benda pun,menjual barang kepunyaan orang lain setentunya tidak sah dan di kira menipu.Selayaknya lah wang itu di kembalikan kepada pembeli tadi kerana barang yang di belinya telah di ambil balik oleh orang yang empunya barang tersebut.Sipenjual hanya mendiamkan diri atau terus akan menegakkan barang yang dijual adalah miliknya walaupun tidak dapat membuktikan bahawa barang tersebut sah miliknya.Yang tambah menjengkelkan lagi ,orang yang mendakwa empunya barang tersebut juga sebenarnya bukan lah haknya,bahkan hanya di beri kelulusan untuk menggunakannya.Dan orang ini pun merasa bangga dengan sombongnya menggunakan nya kerana telah diberi kelulusan oleh gangnya sendiri yang setentunya telah di basuhnya dengan wang dan pujian.
Kadang kadang manusia pun tersenyum melihat manusia yang tidak tahu malu melintas di hadapan dengan angkuh melintasinya setiap hari.Semacam keolahan biadap saja lagaknya.Padahal dalam adat adap sopan Brunei pun di ajarkan supaya jangan lalu di hadapan muka.Apakah jenis orang tua yang mengajarkan anak anak muda supaya kurang ajar,dan tetap kononnya tetap mengerasi haknya yang cuma di beri sementara waktu.Apakah jenis orang yang memberikan kelulusan itu tidak mempunyai wibawa,integerity yang sepatutnya ada budi bicara mengimbangi dari segenap segi.Walhal,masih luas kesana pun boleh lalu,tetapi mesti juga lalu di hadapan muka.Ya,sungguh mesti di ajar orang tua itu,yang kononnya haknya mesti lalu dihadapan muka. Sungguh Ya Tuhan,katakan lah ini hanya sebuah cerita dongeng yang hanya terjadi di pawagam drama antik
.
Perempuan muda yang telah diajar untuk kurang ajar pun menyalahkan si pembeli.Kononnya tidak berhati hati membeli dari orang orang penipu,padahal orang yang di menangkannya itu juga seorang penipu yang hingga kini tidak mereka sedari kerana mata dan telinga telah di tutup oleh kertas ringgit.
Perhatian:cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yg sudah mati.
Begitulah coretan tentang sebuah mimpi buruk tentang pembelian durian berulat.Selalunya setelah di beli akan nampak lah ulat geok yang tersorok sehingga siapa yang sebagai pembeli akan di salahkan kerana membeli ulat,kerana membangun ulat,kerana membuat ulat terkeluar dari garisan,kerana tidak memeriksa ulat sebelum membeli,kerana tidak melukis ulat,kerana tidak merasuah pembuat pembuat ulat,kerana tidak memberi minum kopi kepada ulat,kerana tidak memberi makan ulat ulat itu mengikut apa yang mereka suka,dan sebagainya.
Terpulang awda sebagai pembaca.
Resepi kehidupan
Kehidupan ini adalah anugerah Yang Maha Esa.Manusia di lahirkan di atas muka bumi ini untuk apa?.Untuk bermegah megah, Untuk di puja, di puji orang,supaya di sanjung tinggi sehingga menyebabkan kesombongan yang berlebihan,sehingga menjadi kemurkaan Tuhan kerana lupa bahawa yang berhak di puja dan di puji itu hanyalah Tuhan yang Maha kaya dan Maha berkuasa.
Ada banyak cerita yang boleh kita ambil pengajaran sama ada dari kitab kitab ataupun kisah modern yang terjadi masa kini.Bahan bahannya mungkin berbeza dari seorang ke seorang.Ada yang destininya menjadi guru, pegawai tanah, pegawai elektrik,kerani,tukang sapu atau hanya pemandu yang di bayar upah.Namun banyak yang lupa apabila memegang sesuatu jawatan yang di amanahkan, tanggung jawab yang diberikan seakan menjadi tiket untuk meraih keberuntungan.
Jika menjadi seorang yang di beri kuasa untuk meluluskan sesuatu,tentu saja akan di goda dengan sogokan wang untuk mempercepatkan prosess atau membutakan mata sahaja agar yang berkehendak mendapat apa yang di hajatkan. Sebagai orang yang memegang amanah,tidak sepatutnya memenangkan sebelah pihak hanya kerana dia mampu memberi wang kopi atau selalu belanja minum.Ada juga mereka yang tidak segan silu mengusulkan untuk menyurungkan wang hanya untuk mendapat kelulusan dari pihak yang tertentu.Malahan orang yang biasa menyogok ini akan merasa seorang itu tidak pandai mengambil kesempatan untuk menghulurkan duit kopi.Perkara sebegini sering mengundang senyuman di bibir apabila orang yang kononnya tahu bahawa Tuhan itu melihat dan mendengar segala kelakuan,perbuatan,perkataan yang di luahkan.Apakah manusia itu tidak sedar akan perbuatannya mengambang-gambangi kerani dan pegawai tempat nya berurusan.Sepertinya saja orang tidak mengetahui bahawa pegawai itu telah termakan cakap dan termakan ringgit .Bagaimana tidaknya,apa apa saja yang di ingini si penganjung ini akan di tunaikan oleh pihak pegawai ini kerana orang tersebut sering berurusan dan terkenal dengan sifat pemurahnya hanya dengan tujuan perangkap di sebaliknya.Adalah tidak masuk akal membenarkan apa saja kemahuan si perasuah itu,tanpa memberi peluang sebelah pihak yang lain untuk di pertimbangkan.Apalagi dengan terang terangan si perasuah tersebut akan melakukan se maxima mungkin agar pihak yang tidak di senanginya tidak akan hidup senang.Dan mereka memang pun akan sakit hati jika orang lain di bagi senang.Sungguh Ya Tuhan,engkau juga yang maha mengetahui.Orang orang yang seperti ini memang mempunyai penyakit hati yang hitam parah.
Terdapat banyak keadaan yang boleh menyebabkan manusia lupa diri,lupa Tuhan dan lupa bahawa apa yang di milikiya boleh saja ditarik balek bila bila masa.Oleh itu manusia di sarankan supaya selalu mengingat Tuhan kerana apa saja drama yang terjadi di sekeliling kita ini, adalah terjadi dengan keizinannya, dengan hal hal disebaliknya,yang hanya Tuhan yang Maha bijaksana saja mengetahui apa apa yang terjadi di hadapan dan di belakang,dibawah dan diatas.
Maka dengan itu,kadang kadang apa yang di sukai dan di ingini,sebenarnya tidak baik untuk seseorang itu tetapi kekadang apa yang tidak di sukai pula yang baik untuknya.Begitulah kita tidak di galakkan merungut dan keluh kisah kerana Tuhan itu Maha bijaksana mengatur dan merencana segala sesuatu.
Memulakan Perniagaan Webcomic
Awda boleh ketawa sekuat kuatnya tentang perniagaan ini.Tetapi itulah reaksi beberapa orang yang telah berjaya dalam webcomic bisnes ini.Jika anda suka ia nya boleh menjadi berbagai gaya seperti fantasi,pengembaraan atau sesuatu yang menakutkan.Kebanyakkan yang berjaya adalah dengan menggunakan komedi.Orang ramai ada yang lebih suka melihat yang lucu lucu seperti karton yang di lukis di dalam surat khabat ataupun di televesi maupun di layar internet.Dan ini juga sesuai untok orang yang kreatif walaupun saya kekurangan daya kreatif seperti ini.Saya memang suka perkara yang logik dan masuk akal dan perkara yang boleh di jalankan dengan terurus tersusun rapi.Orang orang yang kreatif selalunya melampaui batas akal dan mereka boleh memutar belitkan keadaan yang sepatutnya biasa saja.Ada juga mereka mereka yang suka berfikir bahawa masa itu mengalir seperti air atau yang mereka katakan "ikan"dan tidak memperkatannya sebagai nombor.Ini sebenarnya sesuatu yang membuat kita teruja. Jika awda ingin memajukan diri di bahagian ini,di bawah ini ada beberapa perkara yang mungkin membuat awda berjaya:-
- Perbanyakkan kreativiti - Untuk membuat webcomic awda berjaya,jangan lupa bahawa ianya mestilah yang baru,segar dan berinspirasi.Elakkan dari yang lapuk,basi dan tidak terkini seperti juga dalam berita berita.Jadinya hendaklah yang baru,baharulah orang ramai suka.
- Dapatkan bahan bahan terbaru - Terdapat banyak cara untuk memulakan pekerjaan melukis.Ada yang menggunakan MS paint dan ada juga yang suka melukis di kertas dan selepas itu di scan sahaja ke PC{computer peribadi}dan boleh juga di pindahkan ke website.
- Katogeri wecomic apa - Setelah awda memilih jenis apa yang akan di pamerkan,pilih lah software yang berkenaan.Samaada fantasi dalam dunia apocalytic atau manusia biasa hari ini dengan gaya hidup masing masing(walaupun cerita sebegini amat popular tetapi boleh juga telah jadi lapuk kerana sudah kebanyakkan.)
- Jalan cerita - Webcomic awda mestilah yang asli dan tulin.Gambar patungnya juga tidak boleh di ambil dari mana permainan video seperti bobandgeorge.com(hal ini trjadi apabila pihak Capcom yang mengeluarkan siri siri Megaman telah menyaman kerana meniru.
- Membina halaman web - Sememangnya nama webcomic mestilah ada halaman webnya tersendiri,jika tidak itu hanya di panggil comic sahaja,tanpa web nya.Itu juga akan menjadi sunyi jika tidak ramai yang menonton.Olehitu,buatlah halaman web supaya banyak orang yang akan berminat mengikuti jalan cerita awda.
- Perbaharui halaman web dan jalan cerita - Ya, webcomic memang akan memakan masa awda dan menghendaki sepenuh masa. Seperti Garfield, satu comic yang berjaya di ubah suai menjadi wecomic untuk semua orang menikmati. Jim Davis, telah mengusahakan Garfield dari awal hinggaberjaya sepenuhnya. Jadi,bagaimana awda, ingin memperbaharui webcomic awda secara seminggu sekali atau dua hari sekali?
- Memasarkan selepas diterbitkan - Perkara ini menumpukan banyak masa dan disiplin diri. Setelah menerbitkan halamanweb awda,kini masanya untuk di pasarkan kepada awam. Dengan promosi dan proses pemasaran setentunya akan mendatangkan para pelanggan yang berterusan.
Selain dari perkara di atas,awda akan berusaha gigih mengikut minat yang sedia ada.Siapa angka awda akan berjaya menjadi artis webcomic dan akan mendapat sambutan hangat dari berbagai pihak.
Subscribe to:
Posts (Atom)