Saturday 3 October 2009

Resepi mententeramkan jiwa

Banyak hal dan perkara yang tidak menyenangkan hati manusia di sepanjang hari hari kehidupan ini.Bagi yang bekerja atau menuntut di pengajian, kadang kala merasa tertekan dengan segala pekerjaan yang harus di selesaikan.Walau apa pun kesukaran menghadapi pekerjaan dan tanggungjawab harian,kehidupan di teruskan juga.Di sini lah timbulnya berbagai perasaan tidak puas hati atau jemu,bosan atau marah menghadapi ujian ujian kehidupan.

Mengikut Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani,sebenarnya ujian itu adalah bertujuan untuk meninggikan taraf mereka di akhirat kelak, kerana taraf kehidupan akhirat itu tidak akan di tinggikan kecuali melalui amal salih dalam kehidupan dunia ini.
Sabda Nabi saw"sesungguhnya kami dari golongan anbiya ini sangat teruk di uji,kemudian orang orang yang di bawah peringkat kami, dan kemudian orang orang yang di bawah peringkat itu,dan begitulah seterusnya."

Untuk menaiki peringkat dan taraf taraf ini,hendaknya lah manusia mengetahui di peringkat nafsu mana kah ia masih berada.Yang paling bawah sekali, masih memiliki nafsu amarah.Sesudah hapus nafsu amarah nya, selepas itu di naikkan kepada Lawamah,Mulhamah,Mutmainnah,Radhiah dan akhir nya Mardhiah dan Kamaliah.
Untuk mencapai ke tahap yang di sebutkan inilah kesucian hati, kebersihan hati adalah kunci mencapai kejayaan tersebut.

Bagi mereka yang ingin mencapai kejayaan yang hakiki tersebut,kenalah mencari ilmu ilmu tersebut dan mempelajari,mendalami, bahkan meyakini bahawa apa yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis itu adalah magic yang tidak nampak di mata kasar sahaja.




















0 comments:

Post a Comment