Thursday 1 October 2009

Resepi durian buruk

Bagi sesiapa yang pernah mengalami pengalaman yang tidak menyenangkan,sudah tentunya akan terfikir tentang kenapa dan mengapa.Di sini saya hanya ingin berkongsi tentang membeli barang yang terlalu mahal harganya tetapi tidak semahal harga diri dan maruah yang di pertanggungkan.

Sekiranya ada sesiapa yang berhasrat hendak membeli sesuatu yang bernilai,kita nasihatkanlah bahawa kadangnya apa yang kita lihat dan nampak jelas di hadapan mata bukanlah apa yang sebenarnya .Banyak perkara yang terselindung di balik kemanisan kata kata.

Yang menjadi kemusykilan juga,mengapakah apabila kita telah memiliki sesuatu barang tersebut,bermulalah hal hal seperti sebenarnya barang tersebut adalah milik orang lain tetapi di campur dengan sedikit bahagian yang benar benar kepunyaannya untuk membuat ia kelihatan besar dan banyak supaya nampak berbaloi membeli barang yang kononnya besar dan megah.

Dalam apa apa benda pun,menjual barang kepunyaan orang lain setentunya tidak sah dan di kira menipu.Selayaknya lah wang itu di kembalikan kepada pembeli tadi kerana barang yang di belinya telah di ambil balik oleh orang yang empunya barang tersebut.Sipenjual hanya mendiamkan diri atau terus akan menegakkan barang yang dijual adalah miliknya walaupun tidak dapat membuktikan bahawa barang tersebut sah miliknya.Yang tambah menjengkelkan lagi ,orang yang mendakwa empunya barang tersebut juga sebenarnya bukan lah haknya,bahkan hanya di beri kelulusan untuk menggunakannya.Dan orang ini pun merasa bangga dengan sombongnya menggunakan nya kerana telah diberi kelulusan oleh gangnya sendiri yang setentunya telah di basuhnya dengan wang dan pujian.

Kadang kadang manusia pun tersenyum melihat manusia yang tidak tahu malu melintas di hadapan dengan angkuh melintasinya setiap hari.Semacam keolahan biadap saja lagaknya.Padahal dalam adat adap sopan Brunei pun di ajarkan supaya jangan lalu di hadapan muka.Apakah jenis orang tua yang mengajarkan anak anak muda supaya kurang ajar,dan tetap kononnya tetap mengerasi haknya yang cuma di beri sementara waktu.Apakah jenis orang yang memberikan kelulusan itu tidak mempunyai wibawa,integerity yang sepatutnya ada budi bicara mengimbangi dari segenap segi.Walhal,masih luas kesana pun boleh lalu,tetapi mesti juga lalu di hadapan muka.Ya,sungguh mesti di ajar orang tua itu,yang kononnya haknya mesti lalu dihadapan muka. Sungguh Ya Tuhan,katakan lah ini hanya sebuah cerita dongeng yang hanya terjadi di pawagam drama antik
.
Perempuan muda yang telah diajar untuk kurang ajar pun menyalahkan si pembeli.Kononnya tidak berhati hati membeli dari orang orang penipu,padahal orang yang di menangkannya itu juga seorang penipu yang hingga kini tidak mereka sedari kerana mata dan telinga telah di tutup oleh kertas ringgit.
Perhatian:cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yg sudah mati.

Begitulah coretan tentang sebuah mimpi buruk tentang pembelian durian berulat.Selalunya setelah di beli akan nampak lah ulat geok yang tersorok sehingga siapa yang sebagai pembeli akan di salahkan kerana membeli ulat,kerana membangun ulat,kerana membuat ulat terkeluar dari garisan,kerana tidak memeriksa ulat sebelum membeli,kerana tidak melukis ulat,kerana tidak merasuah pembuat pembuat ulat,kerana tidak memberi minum kopi kepada ulat,kerana tidak memberi makan ulat ulat itu mengikut apa yang mereka suka,dan sebagainya.

Terpulang awda sebagai pembaca.

0 comments:

Post a Comment