Thursday 1 October 2009

Resepi Letak Kereta

Tentu banyak kisah tentang perihal meletakkan kereta.Ada juga pihak pihak tertentu yang membuat letak kereta khas untuknya di depan bangunan.Tetapi adalah kurang wajar jika orang orang yang bekerja di situ menempatkan kereta kereta mereka di hadapan yang sepatutnya diberi keutamaan kepada pelanggan pelanggan yang datang berkunjung dan berurusan.

Ada beberapa sebab kenapa mereka bangga meletak kereta di hadapan bangunan tempat mereka bekerja setiap hari.Salah satunya tentu saja melambangkan kekuasaan, seperti ini bangunan saya yang berkuasa di sini.Tetapi jika di bandingkan untuk menhormati tetamu yang berurusan terutama agensi yang mengutamakan pelanggan,tentunya orang datang bertandang tidak akan di galakkan melalui dapur belakang.Sungguh memalukan jika susun atur design bangunan tertentu memuliakan pekerjanya sahaja sedangkan tetamu yang perlu di hormati terpaksa tercari cari letak kereta di bahagian belakang bangunan.

Letak kereta juga melambangkan kesombongan kerana merasakan dirinya perlu di beri keutamaan padahal bangunan itu tidak akan berfungsi jika tiada pelanggan yang memajukan apa jua services yang di hulurkan.Trend dan culture seperti ini menyebabkan pekerja pekerja di bangunan tersebut mempunyai sifat meninggi diri, tidak hormat tetamu kerana penyambut tetamunya hanya menyambut pekerja besarnya sahaja dan bukan tetamu yang jarang jarang berkunjung.Hanya soal letak kereta sahaja,menimbulkan kemarahan.Apalagi waktu pengubahsuaian,tiada label,tiada penunjuk arah,dan menyalahkan orang ramai yang datang.Padahal orang ramai itu,bukan datang kesana setiap hari,tidak mengetahui perubahan yang telah di buat, dan lagi orang ramai bukan bekerja di sana setiap hari.Sudah tentu mereka tidak tahu kerana mereka bukan bekerja di sana setiap hari.

Seperti jururawat pergigian yang dengan dengan sombong dan angkuhnya akan menutup laluan kereta awda jika di dapati nya ada orang yang baru pernah berkunjung tidak tahu di mana letak kereta bagi orang yang datang mendapatkan perkhidmatan di bangunan itu.Mereka ini selalunya beranggapan mereka adalah orang penting dan orang yang memerlukan perkhidmatan adalah seperti peminta sedekah.

Bagaimanakah orang awam menilai pekhidmatan yang mereka berikan?Tentu saja masing masing mempunyai pengalaman yang tidak membanggakan.Dimana mana akan kedengaran bahawa di sana ada yang bermuka tidak menyenangkan atau tidak adil dalam mengurus orang ramai atau seperti pekerja yang tidak pernah di kursus.
Begitulah kerenah para pekerja,belum lagi kerenah melayan pelanggan perkhidmatan.

0 comments:

Post a Comment