Thursday 1 October 2009

Resepi kehidupan

Kehidupan ini adalah anugerah Yang Maha Esa.Manusia di lahirkan di atas muka bumi ini untuk apa?.Untuk bermegah megah, Untuk di puja, di puji orang,supaya di sanjung tinggi sehingga menyebabkan kesombongan yang berlebihan,sehingga menjadi kemurkaan Tuhan kerana lupa bahawa yang berhak di puja dan di puji itu hanyalah Tuhan yang Maha kaya dan Maha berkuasa.

Ada banyak cerita yang boleh kita ambil pengajaran sama ada dari kitab kitab ataupun kisah modern yang terjadi masa kini.Bahan bahannya mungkin berbeza dari seorang ke seorang.Ada yang destininya menjadi guru, pegawai tanah, pegawai elektrik,kerani,tukang sapu atau hanya pemandu yang di bayar upah.Namun banyak yang lupa apabila memegang sesuatu jawatan yang di amanahkan, tanggung jawab yang diberikan seakan menjadi tiket untuk meraih keberuntungan.

Jika menjadi seorang yang di beri kuasa untuk meluluskan sesuatu,tentu saja akan di goda dengan sogokan wang untuk mempercepatkan prosess atau membutakan mata sahaja agar yang berkehendak mendapat apa yang di hajatkan. Sebagai orang yang memegang amanah,tidak sepatutnya memenangkan sebelah pihak hanya kerana dia mampu memberi wang kopi atau selalu belanja minum.Ada juga mereka yang tidak segan silu mengusulkan untuk menyurungkan wang hanya untuk mendapat kelulusan dari pihak yang tertentu.Malahan orang yang biasa menyogok ini akan merasa seorang itu tidak pandai mengambil kesempatan untuk menghulurkan duit kopi.Perkara sebegini sering mengundang senyuman di bibir apabila orang yang kononnya tahu bahawa Tuhan itu melihat dan mendengar segala kelakuan,perbuatan,perkataan yang di luahkan.Apakah manusia itu tidak sedar akan perbuatannya mengambang-gambangi kerani dan pegawai tempat nya berurusan.Sepertinya saja orang tidak mengetahui bahawa pegawai itu telah termakan cakap dan termakan ringgit .Bagaimana tidaknya,apa apa saja yang di ingini si penganjung ini akan di tunaikan oleh pihak pegawai ini kerana orang tersebut sering berurusan dan terkenal dengan sifat pemurahnya hanya dengan tujuan perangkap di sebaliknya.Adalah tidak masuk akal membenarkan apa saja kemahuan si perasuah itu,tanpa memberi peluang sebelah pihak yang lain untuk di pertimbangkan.Apalagi dengan terang terangan si perasuah tersebut akan melakukan se maxima mungkin agar pihak yang tidak di senanginya tidak akan hidup senang.Dan mereka memang pun akan sakit hati jika orang lain di bagi senang.Sungguh Ya Tuhan,engkau juga yang maha mengetahui.Orang orang yang seperti ini memang mempunyai penyakit hati yang hitam parah.

Terdapat banyak keadaan yang boleh menyebabkan manusia lupa diri,lupa Tuhan dan lupa bahawa apa yang di milikiya boleh saja ditarik balek bila bila masa.Oleh itu manusia di sarankan supaya selalu mengingat Tuhan kerana apa saja drama yang terjadi di sekeliling kita ini, adalah terjadi dengan keizinannya, dengan hal hal disebaliknya,yang hanya Tuhan yang Maha bijaksana saja mengetahui apa apa yang terjadi di hadapan dan di belakang,dibawah dan diatas.

Maka dengan itu,kadang kadang apa yang di sukai dan di ingini,sebenarnya tidak baik untuk seseorang itu tetapi kekadang apa yang tidak di sukai pula yang baik untuknya.Begitulah kita tidak di galakkan merungut dan keluh kisah kerana Tuhan itu Maha bijaksana mengatur dan merencana segala sesuatu.

0 comments:

Post a Comment