Wednesday 14 October 2009

Resepi udang disebalik batu

Mesti ramai yang mengetahui perihal udang di sebalik mee ini.Tetapi bagaimana hendak mengambil pengertian cerita di sebalik dan di sebalik ini.Ya, memang senang bercakap sabar dan sabar.Tidak kurang juga ramai yang mententeramkan hati dengan mengatakan bahawa ada hikmah di sebalik kejadian ini dan itu.Memang benar dan betul sekali kerana segala kejadian tidak dijadikanNya dengan sia-sia.Tetapi tidak semua orang terus ingat kepadaNya ketika di timpa kejadian yang tidak di ingini.Malah ada yang berani menyalahkan Tuhan dengan mengeluarkan kata kata sumpah seranah,menghina dan berburuk sangka hanya kerana di uji.

Jika seseorang itu telah yakin bahawa Allah itu Maha bijaksana, mengapa masih mempersoalkan mengapa begini dan mengapa terjadi begitu walaupun telah berulangkali terbaca berita atau setiap peristiwa itu mengandung iktibar .Kadang kala kejadian yang berlaku sama sekali nampak menyusahkan dan di anggap kurang menguntungkan seperti seseorang yang tertinggal kapalterbang kerana sesuatu menyebabkannya terlewat.Apabila mengetahui kapalterbang yang sepatutnya dia naiki itu jatuh terhempas,barulah dia bersyukur kerana tertinggal kapal terbang tersebut.Hal hal sebegini walaupun merupakan penderitaan pada lahirnya,tetapi mengandung hikmat yang sangat besar.Sebenarnya penolakkanNya itu adalah merupakan pemberian juga.
Dengan kesedaran itu mungkin boleh mengubah seseorang untuk membetulkan dan mengoreksi diri supaya mempunyai sikap tepuji.

Mengenai dengan pepatah udang ini juga ada bermacam macam bahan mengikut niat asal masing masing.Ada yang suka bertumis pedas ,rebus asam atau panggang bermentega bawang putih saja.Bukan hendak memperli tentang benda sebenar yang di hajati tetapi itulah kenyataan yang selalu terbongkar.Jika tiada yang dikehendaki, tentu saja tidak bersusah payah untuk bermuka manis atau berkata manis.Buat apalah menyimpan udang di belakang batu, hanya mungkin saja dalam fikirannya,Tuhan itu boleh di tipunya.Maha suci Tuhan yang maha mendengar dan Maha melihat.




0 comments:

Post a Comment