Mungkin ini juga yang di katakan "manusia mudah lupa".Dalam memperkata kan sifat lupa ini,boleh juga buat buat lupa,atau tidak peduli langsung kerana mereka sudah menikmati apa yang di hajati.
Yang selalu di ketahui juga ialah seperti seperti anak yang melupakan jasa kedua ibu bapanya,atau siapa sahaja yang pernah berjasa kepadanya di sepanjang perjalanan hidupnya.Kisah ini banyak diketahui umum dan balasan yang timpakan pada sesiapa yang tidak pernah bersyukur.
Lupa bersyukur selalunya mengakibatkan hilang keberkatan.Apalagi manusia selalunya memuji apa yang nampak di mata sahaja.Jika si A yang memberi,mereka berkata"syukur pada si A kerana memberi kami"Padahal hendaklah berkata"Syukur kepada Allah Yang Maha Pemberi".
Begitulah yang terjadi masa kini, manusia akan mengagong-agongkan pada siapa yang nampak menyerlah dan menonjol,siapa yang boleh menabur harta kepada manusia akan di beri pujian.
Sedihnya mereka lupa bahawa yang patut di puja di puji itu adalah Allah,Pemilik segala harta sebenarnya.Manusia lupa lagi bahawa yang berkuasa melapangkan rezeki atau menyempitkan rezeki itu adalah Allah jua.
Di petik dari buku kuliah oleh Labib MZ,Bagaimana tatacara bersyukur atau cara melaksanakan syukur itu?
1.Bersyukur dengan hati.Firman Allah"Dan apa saja nikmat yang ada padamu,maka dari Allah lah datangnya,dan bila kamu di timpa oleh kemudharatan, maka hanya Allah lah tempat meminta pertolongan."
2.Bersyukur dengan lisan ertinyamemperbanyak pujian kepadanya seperti bacaan Alhamdulillah.
3.Bersyukur dengan semua anggota.seperti sembahyang,menggunakan tangan untuk bersedekah,dari ujung rambut sampai ujung kaki untuk berbuat kebajikan,tidak digunakan untuk berbuat maksiat.
Selain dari itu,manusia yang diberi kenikmatan,kemewahan,kemegahan masih saja melakukan perkara perkara yang bertentangan,maka seperti ayat A-A'rof182:"Takutlah kamu dari wujudnya kebaikan(kenikmatan) yang di berikan oleh Allah kepada kamu,padahal kamu tetap dalam mengerjakan kemaksiatan kepadaNya,dimana semua itu akan menjadi istidroj kepadamu.Nanti kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur kearah kebinasaan dengan cara yang tidak mereka ketahui."
"Dan Aku memberi tangguh kepada mereka.Sesungguhnya rencanaKu amat teguh".
0 comments:
Post a Comment