Saturday, 3 October 2009

Al Kisah 3,Bake yourself a Lady cake

Tipah mengadu kepada seorang pakcik tentang pegawai yang menganiaya nya kerana pegawai itu menuduh nya melakukan perkara yang tidak pernah sama sekali terbayang di fikiran nya.

"Eh pakcik,macam mana kan biskita dapat apa saja yang biskita mau arah diurang atu"Kata si Tipah."Eh,jangan tah biskamu ikut ikutan tu,andang kami berurusan sama diurang ani 30 tahun sudah.Keluar ke dalam urusan ,ke atas ke bawah pun sama jua tu,kamu siapa?,baru baruan kan masuk berurusan sama diurang dalam pejabat atu".Kami ani memang diurang kenali ni,iatah bila bila masa saja kami minta keluarkan surat sign pegawai tu,dapat tu".Kata Pakcik dengan panjang lebar,di anggukkan oleh sang isterinya.

Berkata Tipah tertipu lagi"Eh, siuk tu pakcik,senang berurusan".

Pakcik pun bertambah kambang tah lagi"ia tah kamu ani, karit kan mengunjuki usin,Kalau di bayar 15 ribu tu dulu, mana ada ia menimbulkan masaalah tu, iatah 20 tahun pun inda ada apa apa."

Bertanya lah si Tipah ni lagi,tentang urusan seterusnya.Kata pakcik memperli lagi"iatah kamu ani,cuba kamu beri 10 ringgit kerani itu tadi,boleh di taipkan nya lagi surat itu tadi.Diurang suka di pujipuja tu dan mudah dikambangi terutama sudah biasa diberi duit minum dan belanja hari raya".

Mungkin mimpi yang ada cerita dan pelajaran dan pengajarannya...

Bahan bahan kek Lady:
---------------
2 cawan gula
1 cawan mentega
4 telur
1 cawan susu
3 cawan tepung
4 suduteh baking powder
1/2 suduteh garam
1 sudu teh vanilla

Putar gula dengan mentega hingga kembang.Masukkan kuning telur,susu,tepung.baking serbuk,garam dan vanilla berselang seli.Akhir sekali gaulkan putih telur yang sudah di pukul stiff.
Bakar dalam 2 tin 9".Suhu 200 deg c or 350 deg F selama 40 minit.

Sejukkan dan boleh di sapu frosting.potong 16 keping.
Frosting:----
Gunakan electric mixer untuk memukul 2 putih telur dan 1 1/2 cawan gula di dalam mangkuk diatas kuali air panas.supaya telur itu masak sempurna.masukkan juga 1/3cawan air ais,beberapa titik almond atau vanilla,secubit garam.Pukul hingga gebu putih selama 15 minit.
Tabur kismis,kekacang dan hirisan buah kering.


0 comments:

Post a Comment