Harapan yang tidak di sertai dengan amal perbuatan untuk mencapai sesuatu itu di namakan"angan-angan" atau lamunan.
Tetapi mengapa ada yang rasanya sudah berusaha dan rasanya masih saja tidak mencapai impian yang di idam idamkan.
Mungkin juga sudah tercapai tetapi belum mencukupi atau meminta terlalu banyak sehingga sampai bila bila pun tidak akan pernah cukup.
Sebenarnya setakat tahap mana yang di katakan cukup itu.
Adakah dengan mengejar harta duniawi saja,manusia akan rasa puas dan bangga kerana menjadi budaknya harta dunia.
Ataukah seseorang yang mengumpul perempuan perempuan yang banyak boleh dikatakan diperbudakkan oleh perempuan.
Cerita sebegini juga merangkumi sifat tamak dan selalunya mengundang kebinasaan dan kehinaan.
(sedikit petikan dari kuliah LabibMZ)
Adapun sifat meminta juga,mestilah kena dengan masa dan keadaan.Bagaimanakah meminta diberikan siang padahal masih waktu 9 malam.Semestinya lah menunggu waktu itu berlalu dan hari pun akan siang juga akhirnya.
Ma'ruf Al Karkhi r.a berkata:
"Mencari syurga tanpa di sertai dengan amal itu adalah dosa.
"Mengharap syafaat/pertolongan tanpa di sertai dengan sebab itu adalah merupakan salah satu macam dari bujukan"
"Mengharap rohmat dari orang yang tidak di taati itu bererti suatu kebodohan dan kedunguan."
Saturday, 10 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment