Sunday, 11 October 2009

Resepi kemajuan

Mungkin saja banyak yang tertanya tanya mengapa sesuatu "kawasan" itu tidak maju di bandingkan dengan kawasan yang lain.Tentu saja orang ramai akan memandang kepada siapa yang sepatutnya pemegang kuasa yang di beri amanah untuk memelihara kepentingan awam.Lalu banyak lah persoalan yang di timbulkan tentang mengapa dan kenapa kawasan dan makhluk didalamnya tidak terpeduli selayaknya.



Tidak kurang juga banyak makhluk yang terpinga pinga dengan keadaan yang terjadi sehingga beberapa tahun tidak diambil peduli.Kepada mereka mereka yang telah diberi rasuah dengan segala kemudahan dan kemewahan tentu saja sudah tidak dapat bersuara kerana telah di sumbat dengan berbagai benda yang menyenangkan.Apalagi kedengaran lah mereka memuji memuja kerana telah di tutup mata dengan segala kebaikan yang senghaja diperlihatkan.



Bagaimanapun bagi mereke mereka yang tersepit dan kurang menikmati hidangan lazat yang tersedia akan mencari berbagai cara supaya sekurang kurangnya mencicipi rasa itu.Mereka ini juga melakukan perkara yang di larang kerana menyangka Tuhan tidak melihat kelakuan mereka.Tetapi kerana rasa ingin memiliki,maka perkara itu di halalkan saja mengikut hukuman akal masing masing.Begitulah menjadi berleluasa hingga tidak terbendung lagi.Makhluk pun mula lupa diri kerana belum dibangunkan dengan kejadian yang tidak menyenangkan.Apakah mereka menunggu nunggu Kemurkaan itu atau masih dibuai mimpi indah hingga tidak di beri peluang lagi nantinya.



Namun bagi makhluk yang tidak pernah bersusah payah akan leka dihanyutkan oleh madu yang manis.Cakaplah apa sahaja, semua ingin di miliki.Apakah mereka belum sedar bahawa sesuatu itu telah datang menjengok dan menarik sedikit demi sedikit segala pemberian yang sekian lama di perturuti.Sungguh sangat kasihan kerana mereka sudah di biarkan saja dengan ditutup mata dan di tutup telinga mereka.Yang malang sekali apabila ditutup hati hati mereka.



Jika lah masih boleh diselamatkan,tentu saja ada orang orang tertentu yang mempunyai kuasa untuk menyelamatkan.Tetapi oleh kerana banyak yang sudah tertutup dan di tutupi,maka keadaan ini hanya akan menuruti haluan yang telah di janjikan.Banyaklah keluhan yang akan masih kedengaran kerana kepincangan yang dibiarkan tidak terurus.Mungkinkah kejadian terbiar dan mebiarkan ini mengakibatkan KemurkaanNya atau Siapakah yang di persalahkan kerana membiarkan kesalahan ini berlaku.Siapakah yang mempunyai wibawa untuk merubah segalanya agar dapat membuat keputusan yang bernas dan di semangati semua makhluk.



Sungguh Ya Allah kepunyaan Mu langit dan bumi ini dan apa jua di tengahnya.

0 comments:

Post a Comment