Friday, 2 October 2009

Alkisah lagi

Di zaman dahulu kala,ada sebuah negeri yang bernama Kencanastan.Penduduknya aman bahagia,tanahnya subur dan mengeluarkan hasil sumber sumber alam.Ia di perintah oleh seorang raja ala ala hindustani tetapi alim,suka menuntut ilmu ilmu keagamaan.Raja juga suka menolong rakyatnya sehingga banyak yang terpelajar dan seiring dengan pembangunan dalam negerinya.Baginda juga mempunyai seorang mufti yang boleh dipercayainya.

Setelah anakndanya,besar dan matang,baginda pun mengangkat anakndanya menjadi pengganti untuk meneruskan pemerintahan.Ketika raja mangkat,anak anaknya pun merasa sedih tidak terkira.Tetapi tidak beberapa tahun kemudian,anak anaknya semua di lantik menjadi menteri dan mereka pun berpesta berhabis habisan seperti tiada esok lagi layaknya.Selang berpuluh tahun berlalu,tiada apa yang merungsingkan rakyat jelata kerana semua nampak terurus dengan hasil bumi yang masih saja mencukupi untok keperluan rakyat penduduknya.

Mengikut cerita itu,rupa rupanya di sebalik kemegahan bermewah mewah itu,telah sampai masanya,harta yang di pegang telah habis di belanjakan.Kebanyakkannya telah di tipu dan tertipu.Mula lah rakyat jelata tertanya tanya sama ada kekayaan itu masih ada atau tidak.
Mulalah juga penduduk mengemukakan masaalah itu ini tidak cukup kerana anak anak mereka susah mencari pekerjaan.Mereka pun tertanya tanya kemanakah perginya kewangan itu sehingga selalu kedengaran tidak ada peruntukan untuk mengambil pekerja pekerja muda dan baru.

Lama kelamaan banyak perkara yang tidak dapat diperbaiki kerana kesulitan wang biaya.Rakyat mula marah dan secara diam diam dan sedikit sedikit mereka mengalihkan pandangan kepada seorang pemuda pengembara.Pengembara ini sangat pandai tutur bicaranya,sehingga ia mempunyai banyak pengikut di serata daerah.Yang peliknya pemuda itu tidak mahu menonjolkan dirinya,walaupun orang ramai sangat berharap kepadanya.

Mengikut cerita sebuah negeri yang lain seperti Harun ar-Rasyid di bawa berjumpa Fuzail bin Iyaz.Ketika Harun ar Rasyid menghulurkan tangannya untuk bersalam,Fuzail berkata"Betapa lembut dan halus tangan ini.Semoga tangan ini terhindar dari api neraka."
Kata Fuzail lagi, NAbi pernah bersabda bahawa adalah sesaat mematuhi perintah Allah adalah lebih baik daripada seribu tahun di patuhi oleh umat manusia.Nabi menambah,"Kepimpinan akan menjadi sumber penyesalan pada hari berbangkit nanti"

Ketika di angkat menjadi khalifah, Umar bin Abdul Aziz berkata,"Hatiku sangat gundah kerana cobaan ini;apakah yang harus ku lakukan?Aku tahu bahawa kedudukan yang tinggi ini adalah sebuah cobaan walaupun orang lain menganggapnya sebagai karunia,"

Ada juga satu bab tentang bergaul dengan raja(pemerintah)dalam buku tanbihul ghafilin:
Ibn Abbas r.a berkata"Jauhilah pintu pintu raja sebab kamu tidak mendapat dari dunia mereka kecuali dengan mengurbankan akhiratmu yang lebih besar."
Sebahagian ulama berkata"Hubunganmu kepada raja dan pemerintah itu mendorong kamu berbuat 3 macam:
-Berusaha untuk memuaskan mereka
-mengagungkan dunia mereka
-dan membenarkan amal perbuatan mereka.

0 comments:

Post a Comment